• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Rupa-rupanya Saya Salah…” – Shuk (Balas)

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAWAK Shuk (Balas) mengakui pernah terfikir karier seninya tidak akan berkembang apabila dia mengambil keputusan untuk bergelar penyampai radio di Hot FM sejak tahun lalu.

Pemilik nama sebenar Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 32, ini berkata, pandangannya itu sama sekali meleset kerana merasakan kerjayanya semakin berkembang terutamanya dalam bidang pengacaraan TV.

“Jujur saya katakan, ingatkan apabila jadi penyampai radio peluang saya dalam cabang lain akan menjadi sukar!

“Rupa-rupanya pandangan saya itu sama sekali salah dan memang banyak peluang daripada pihak radio dan Media Prima berikan kepada saya.

“Sehinggakan kadang-kala saya tertanya-tanya adakah benar mereka memberikan kepercayaan ini kepada saya,” katanya.


Shuk bergandingan dengan Alvin dalam I Can See Your Voice Malaysia.

Pun begitu kata Shuk, setiap peluang yang diberikan tidak pernah disia-siakan malah cuba membuktikan keputusan dibuat pengurusan tidak salah.

“Bila ada peluang buat apa saya hendak sia-siakan? Inilah masanya saya perlu buktikan saya mampu lakukannya dan Alhamdulillah saya sahut semua cabaran diberikan.

“Ini juga peluang saya untuk timba pengalaman dan memperbaiki diri dari masa ke semasa,” jelasnya.

Sebelum ini, Shuk pernah diberi mandat untuk mengendalikan Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) disamping Fahrin Ahmad dan Jihan Muse.

Shuk juga sekali lagi diberikan peluang sebagai hos program terbaharu I Can See Your Voice Malaysia bersama aktor Alvin Chong yang akan mula bersiaran 4 Ogos depan, setiap Sabtu, 10 malam di ntv7. – mStar Online

Tags: pelawakSHUK
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

Pelawak, Isteri Dibebas Dengan Jaminan Polis

03/07/2024
0

Shah Alam : Pelawak serta isterinya yang ditahan polis berhubung penyebaran maklumat dalaman berkaitan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah...

Hingga Ke Saat Terakhir, Nazar Mohammad Tetap Membahan Taliban

13/10/2021
0

PADA bulan Julai lalu seorang pelawak Afghanistan dibunuh oleh Taliban, tetapi apa yang dia lakukan adalah, bagi ramai pihak sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd