• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Royalti Minyak: Perbincangan Berlansung Secara Kekeluargaan

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perbincangan berkaitan royalti minyak antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan akan dilakukan secara kekeluargaan bagi membolehkan penyelesaian tuntas dicapai, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata pendekatan sebagai satu pasukan itu penting dalam memastikan pemberian royalti minyak, diperhalusi secara mendalam dan terperinci, sekali gus pelaksanaannya direalisasikan termasuk di negeri pengeluar minyak di Malaysia.

“Kita selaku satu pasukan, akan mengatasi dan menyelesaikan masalah ini secara kekeluargaan. Apa yang penting kepada kita adalah penyelesaian masalah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri sambutan Hari Pahlawan 2018 peringkat negeri di sini, hari ini.

Katanya kerajaan negeri sedar dan tahu bahawa pemberian royalti minyak terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan selaku ketua menteri, beliau akan terus komited menyuarakan perkara itu demi kepentingan rakyat Sabah.

Ini termasuk menubuhkan badan khas bagi memperhalusi perbincangan bersama kerajaan Persekutuan, antara lain mengenai formula pemberian royalti minyak, katanya.

“Formula ini penting kepada kita iaitu rayuan untuk menaikkan (royalti minyak) 20 peratus itu dekat pada hati rakyat Sabah serta Sarawak dan saya yakin di negeri-negeri pengeluar minyak seperti Terengganu,” katanya.

Mengenai sambutan Hari Pahlawan, Mohd Shafie berkata acara tahunan itu diadakan bagi memberi penghormatan dan penghargaan kepada pejuang negara, terdiri daripada anggota pasukan keselamatan atas sumbangan serta pengorbanan mereka mempertahan kedaulatan tanahair.

Sambutan penuh istiadat kepahlawanan itu bermula dengan acara tabik hormat Diraja daripada kawalan kehormat dianggotai 40 anggota panji-panji Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Tawau, diikuti pemeriksaan kawalan kehormat oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong, Panglima Angkatan Petugas 450 Mejar Jeneral Datuk Zulkapri Rahamat, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din dan menteri-menteri Kabinet negeri.

Sambutan itu diteruskan dengan tiupan Paluan Akhir selain pelbagai persembahan khas termasuk tarian pahlawan dan kawad formasi serta hadirin turut bertafakur seketika bagi mengenang pahlawan negara yang terkorban. – BERNAMA

Tags: kerajaan pusatroyalti minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengampunan Bersyarat Najib Bukan Keputusan Unilateral PMX, Kerajaan Pusat

Pengampunan Bersyarat Najib Bukan Keputusan Unilateral PMX, Kerajaan Pusat

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Keputusan memberikan pengampunan bersyarat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat melalui proses Perlembagaan...

Pulau Pinang Syor Kerajaan Pusat Kembalikan 20 Peratus Hasil Kutipan Cukai

Pulau Pinang Syor Kerajaan Pusat Kembalikan 20 Peratus Hasil Kutipan Cukai

29/05/2024
0

Georgetown : Kerajaan Pulau Pinang mengesyorkan Kerajaan Persekutuan memulangkan 20 peratus daripada hasil cukai yang dibayar negeri bagi membolehkan segala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd