• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribuan Dijangka Sertai Himpunan Kebangkitan Ummah

oleh
27/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 7,000 peserta dijangka menghadiri Himpunan Kebangkitan Ummah esok yang akan diadakan di Padang Kelab Sultan Sulaiman, di sini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, jumlah tersebut termasuk ahli daripada 700 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bukan Melayu yang menyokong Melayu.

“Selepas perhimpunan ini, kita mahukan tindakan sewajarnya daripada kerajaan yang dilihat mengusik isu-isu berkenaan Melayu.

“Kerajaan juga mula mengubah landskap negara dengan menyamakan orang Melayu dengan kaum lain. Pemimpin-pemimpin Melayu dalam kerajaan juga dilihat mahu popular dengan pujian kaum lain,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Himpunan Kebangkitan Ummah merupakan anjuran Gerakan Pembela Ummah (Ummah) yang bertemakan ‘Pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14): Islam Melayu terancam’ akan bermula pukul 9 pagi sehingga 1 petang.

Perhimpunan itu bagi menyuarakan ketidakpuasan hati orang Melayu dengan beberapa tindakan awal kerajaan Pakatan Harapan sejak mengambil tampuk pemerintahan negara.

Sehubungan itu, Syed Hassan berharap, orang Melayu akan hadir menyokong perhimpunan ini dengan apa cara sekalipun.

Tambahnya, sepanjang perhimpunan peserta dinasihatkan menjaga tatatertib dan disiplin.

“Jangan rosakkan nama penganjur dan berhimpunlah dengan cara berhemah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tags: Himpunan Kebangkitan Ummah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Himpunan Kebangkitan Ummah Berlangsung Aman

28/07/2018
0

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan aman dipanggil Himpunan Kebangkitan Ummah berlangsung di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini...

Haa… Tepuk! Bergema Himpunan Ummah Sindir PH

28/07/2018
0

SINIS... Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mencuit hati ribuan peserta program Himpunan Kebangkitan Ummah di ibu negara hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd