• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Semakin Marah Kepada Kerajaan – Najib

oleh
28/07/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pagi tadi, menjadi bukti kemarahan rakyat terhadap kerajaan yang mula mengancam kesucian Islam dan hak istimewa orang Melayu serta Bumiputera.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata himpunan itu juga menjadi petanda sokongan rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) semakin merosot.

“Umat Islam dan orang Melayu terkesan dengan apa yang sedang berlaku dalam negara kita, terutama selepas 9 Mei lalu, yang mana mengancam kedudukan dan masa depan agama Islam serta kedudukan orang Melayu.

“Rakyat dengan sendirinya bangkit dan menunjukkan kemarahan bahawa perkara ini amat tidak disenangi oleh mereka. Ini juga menjadi petanda sokongan kepada PH semakin menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan mesra di Kampung Jalan Kebun di sini, sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis.

Yang turut hadir, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam.

Mengulas mengenai kehadiran bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim pada perhimpunan itu, Najib berkata, Rais sebagai pejuang bahasa, sememangnya perlu menunjukkan bantahan secara terbuka.

“Sebagai pejuang bahasa dan berdasarkan pada Perlembagaan negara, kredibiliti beliau akan dipersoalkan jika tidak hadir dan menyuarakan bantahan secara terbuka,” katanya.

Sementara itu, Lokman mempertikaikan langkah kerajaan yang hanya memfokuskan bantuan kepada satu kaum.

“Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik membuat pusingan U dengan mengeluarkan kenyataan bahawa sekolah persendirian Cina akan mendapat peruntukan daripada kerajaan.

“Kalau sekolah persendirian Cina boleh dapat bantuan, bagaimana dengan sekolah persendirian Tamil, sekolah agama dan lain-lain?” katanya. – BH Online

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd