Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Murid Di Kudat...

KUDAT - Dua pelajar lelaki tahun enam, Sekolah Kebangsaan Panudahan dekat sini, cedera...

JPJ Pasang 50 Kamera...

KUALA NERUS - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 50 lagi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) di seluruh negara menjelang akhir...

MP Bayan Baru Tak...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin tidak berpuas hati...

Ramai Pakar ‘Mi Segera’...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pihak...

Rakyat Bakal Protes Pakatan Harapan Di Sungai Kandis

PILIHAN raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis yang dijadualkan pada 4 Ogos depan berpotensi menunjukkan protes terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mencetuskan pelbagai isu kontroversi sejak berkuasa.

Pilihan raya kecil pertama sejak Pilihan Raya Umum ke-14 ini mungkin menyaksikan pengundi-pengundi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan PH yang gagal menunaikan janji-janji manifesto, terutama janji 10 perkara dalam 100 hari.

Selain kegagalan menunaikan janji-janji utama seperti menurunkan harga minyak dan pada masa yang sama berdolak-dalik dalam banyak isu yang digunakan dalam kempen menolak kerajaan sebelum ini, PH juga banyak melakukan tindakan yang kontroversi.

Kenyataan-kenyataan menilai semula Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sikap tidak menghormati raja-raja Melayu dan bahasa Melayu, dan layanan lebih baik dengan golongan homoseksual telah meresahkan ramai orang Melayu.

UMNO dan Barisan Nasional (BN) menyedari potensi ini dan mengharapkan undi protes pengundi DUN Sungai Kandis, walaupun mengakui sukar untuk menang.

“Saya merayu pengundi berdaftar di Sungai Kandis supaya keluar mengundi untuk beri isyarat itu kepada PH.

“Saya bukan sahaja membawa suara BN tetapi membawa suara rakyat yang tidak berpuas hati terhadap beberapa isu seperti hak istimewa Melayu yang dipersenda dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan diperlekeh,” kata calon BN, Datuk Lokman Noor Adam seperti dilapor media.

Bagaimanapun, keputusan pilihan raya nanti turut bergantung kepada kempen kedua-dua pihak BN dan PH, yang juga disertai oleh seorang calon bebas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan menerima penamaan tiga orang calon untuk pilihan raya kecil kerusi DUN Singai Kandis.


PKR diwakili oleh guru agama Zawawi Mughni, manakala Murthy Krishnasamy bertanding sebagai calon bebas.

Kerajaan PH berada dalam kedudukan kuat sebagai kerajaan negeri dan persekutuan yang menguasai media utama elektronik dan televisyen, di samping mendapat sokongan banyak portal berita di internet.

Pada pilihan raya umum lepas, PKR mempertahankan kerusi itu untuk penggal ketiga dengan majoriti 23,998 undi menewaskan calon BN, PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Suasana selepas pilihan raya umum yang lalu yang menyaksikan PH menang dan menguasai Putrajaya boleh meletakkan PH dalam kedudukan yang lebih sukar kerana terpaksa mempertahankan kelemahan-kelemahan sejak berkuasa sebagai kerajaan.

Kelemahan paling ketara kerajaan PH ialah kegagalan menunaikan janji dan pelbagai kenyataan yang mencetuskan masalah seperti memperbesarkan hutang negara, dan tindakan yang menyebabkan rasa tidak selamat orang Melayu dan Islam. – Mynewshub.tv

Kategori