• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan 9 Individu Edar Dadah, Rampas Pistol

oleh
18/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sepucuk pistol jenis revolver .38 antara yang dirampas selain sembilan individu tempatan diberkas kerana disyaki terbabit dalam sindiket pengedaran dadah menerusi satu operasi Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R. Munusamy berkata tujuh lelaki dan dua wanita berusia 27 hingga 53 tahun terbabit diberkas dalam serbuan pada 1.30 tengah hari di sebuah pangsapuri di Taman Jinjang Baru, di sini.

“Polis merampas sejumlah dadah jenis metamfetamina seberat 5.37 gram bernilai RM550, sepeket plastik lut sinar berisi sebiji pil ekstasi seberat 0.86 gram yang bernilai RM50, sepucuk pistol dan enam butir peluru,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya ujian saringan urin menunjukkan kesemua suspek positif dadah jenis metamfetamina manakala semakan lanjut mendapati mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kita masih menyiasat sama ada mereka terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah atau sebaliknya,” katanya, yang mengesahkan kesemua suspek direman lima hari bermula semalam hingga Sabtu ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8 Akta Senjata 1960, Seksyen 39A(1), 15(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, katanya. – BERNAMA

*Video di bawah sekadar hiasan

Tags: kes dadahPistol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

Laporan Penemuan Pistol Dibuat Selepas Terima Panggilan D9 – Saksi

06/10/2025
0

Kuala Selangor: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu seorang saksi bahawa beliau telah menerima panggilan telefon mengenai penemuan objek...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd