• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesal Idea Kereta Nasional Ke-2 Kurang Sambutan

oleh Ahmad Albab
17/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad melahirkan perasaan kesal kerana ideanya untuk mewujudkan kereta nasional kedua nampaknya kurang mendapat sambutan.

Perdana Menteri berkata beliau diberitahu bahawa tidak ada siapa yang ingin lihat kereta nasional kedua dibangunkan kerana beranggapan ‘cukuplah’ dengan Proton yang dikatakan gagal.

Dalam tulisan di blognya, Dr Mahathir secara sinis berkata, ‘kita tidak layak dan tidak mampu mengadakan industri automotif.’

Rakyat Malaysia, katanya, lebih rela membeli kereta import termasuk dari China selain turut memilih kereta buatan Jepun dan kereta Jerman bagi yang lebih berkemampuan.

“Saya masih ingat kereta Jepun sejurus selepas perang. Kata pengguna kalau kita toreh dengan kuku, kita akan lihat tin Milo. Tetapi dari kereta tin Milo inilah datang aneka model Toyota, Nissan dan Suzuki yang kita guna sekarang.

“Tentulah ini tidak akan berlaku dengan Malaysia. Kereta kita tetap diperbuat dari tin Milo selama-lamanya,” katanya.

Dr. Mahathir menjelaskan bahawa kerajaan tidak bercadang membuat kereta nasional kedua sebagai industri automotif milik kerajaan.

Beliau menarik perhatian bahawa pihak swasta di negara ini sudah mampu mereka bentuk, membuat model tanah liat dan model ujian serta mengeluarkan secara besar-besaran kereta bermotor.

“Tetapi kerana awal-awal lagi kita sudah tolak cadangan kereta nasional kedua, maka kita akan halang segala cadangan untuk mengeluar kereta bermotor oleh swasta. Sudah tentu kerajaan tidak akan ada industri automotif milik kerajaan,” kata perdana menteri.

Dr. Mahathir berkata pasaran negara kini penuh dengan segala jenis kereta import sama ada yang berkualiti baik atau “jenis tin Milo”.

“Dikeluarkan oleh syarikat gergasi, mereka membolot pasaran kereta Malaysia sehingga tertimbuslah Proton. Akhirnya Proton dijual kepada orang asing. Tidak ada kereta nasional lagi. Tidak ada industri automotif lagi. Pekerja, jurutera, pengurus pun tidak mempunyai kerja lagi. Segala-galanya merosot.

“Malaysia menjadi negara pengguna, negara penanam padi, pemancing ikan. Tak mengapalah. Ini yang kita mahu dan ini yang kita dapat. Lupakanlah sahaja Wawasan 2020,” kata Dr. Mahathir. – BERNAMA

Tags: keretaTun Dr Mahathir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

PMX Anwar Diminta Guna Kereta Kalis Peluru Kerana Garang Sangat Soal Gaza

10/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beliau diminta menggunakan kereta BMW kalis peluru kerana beliau didapati...

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd