• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi 7 Agensi Ditutup

oleh
28/07/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kenyataan rasmi mengenai dakwaan tujuh agensi di bawah Kementerian Kewangan bakal ditutup hanya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Lim berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini kerana kerajaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi.

“Kalau ada apa-apa kenyataan rasmi biar ia dibuat oleh kerajaan dan disini adalah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya tidak mahu membuat apa-apa komen kerana ini juga melibatkan banyak kementerian, jadi tidak elok saya membuat komen kecuali Perdana Menteri,” katanya di sini hari ini.

Lim berkata demikian selepas diminta mengulas tentang senarai tujuh agensi di bawah kementeriannya dalam pertimbangan untuk di tutup, yang ditular dalam laman sosial.

Terdahulu, Lim yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang telah merasmikan buku mengenai kenangan Bukit Bendera yang bertajuk “Healing Penang Hill”.

Sementara itu ketika ditanya tentang lawatannya ke China, Anggota Parlimen Bagan itu berkata jadual lawatannya masih belum ditetapkan lagi.

Beliau berkata lawatannya itu telah disyorkan oleh Tun Dr Mahathir sebelum ini, tetapi perkara itu sedang dalam pertimbangan kerana beliau ada banyak urusan Parlimen.

“Lawatan itu disyorkan oleh PM, tetapi ini kita akan pertimbangkan kerana Tun pun tahu ada banyak urusan yang saya kena selesaikan termasuk Parlimen,” katanya.

Katanya, beliau akan maklum kemudian tentang lawatan ke China selepas jadual telah ditetapkan.

Jun lepas, Lim telah dilaporkan akan menbuat lawatan pertama ke China bagi membincangkan mengenai projek saluran paip gas, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan perspektif hubungan dua hala. – BERNAMA

Tags: Lim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

“Inilah Wajah Sebenar DAP” – Lingeshwaran Puji Rayer Bahas Isu Tabung Haji

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer membahaskan isu Tabung Haji (TH) di Parlimen hari ini didakwa mencerminkan DAP...

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

“Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Silap Langkah” – Lim Guan Eng

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai silap langkah kerana menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd