• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PKR Selangor Dilanda Kronisme, Nepotisme?

oleh
27/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Syed Badli Shah Syed Osman mengumumkan perletakan jawatan beliau berkuatkuasa hari ini.

Beliau dalam pengumuman itu mendedahkan PKR Selangor kini dirosakkan dengan amalan kronisme dan nepotisme oleh pihak tertentu.

Syed Badli malah mendakwa kesuburan demokrasi yang sering dilaungkan parti komponen Pakatan Harapan itu telah mati dalam kepimpinan PKR Selangor masa ini.

“PKR seharusnya membawa wadah perjuangan reformasi, namun terdapat segelintir pemimpin di Selangor merosakkan parti dengan amalan budaya kronisme dan nepotisme,” dedahnya dalam satu kenyataan hari ini.

Syed Badli mendakwa, segelintir pemimpin PKR Selangor malah menjadikan habuan jawatan lantikan politik sebagai usaha untuk mengekalkan pengaruh dan kuasa.

Dakwa beliau, jawatan-jawatan lantikan politik PKR kini hanya diberikan kepada mereka yang menunjukkan taat setia kepada kabilah tertentu dan tidak lagi menerusi merit.

Sebagai contoh, penentuan jawatan ahli majlis seperti kelulusan, kebolehan, pengalaman dan sumbangan kepada perjuangan bukan lagi menjadi kriteria penting.

“Walaupun terdapat nama-nama yang sudah sekian lama berjuang dan dicadang secara rasmi dari peringkat cabang, mereka yang tidak sependapat dikesampingkan,” dedahnya lagi.

Sehubungan itu, Syed Badli menggesa kepimpinan utama PKR campur tangan dalam isu pembahagian jawatan lantikan politik di Selangor yang jelas kelihatan berat sebelah.

Kenyataan beliau itu satu tamparan hebat kepada PKR khususnya di Selangor yang bakal mengadakan pemilihan parti itu pada tahun ini.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding merebut jawatan prsiden parti dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dikhabarkan berhasrat bertanding jawatan itu.

Jika Mohamed Azmin tidak bertanding jawatan presiden, maka beliau perlu berhadapan dengan Rafizi Ramli sekiranya mahu mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Presiden PKR. – MYNEWSHUB.TV

Tags: PKR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

Saya Kekal Menyokong PMX! – Ketua Wanita PKR Cabang Kota Melaka

21/05/2026
0

MELAKA - Seorang pemimpin cabang Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menegaskan beliau akan kekal menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri...

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

PM Anwar Pesan Pastikan Parlimen Pandan Kekal Milik PKR – Tengku Zafrul

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta jentera parti itu memastikan kerusi Parlimen Pandan kekal milik Parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd