• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pinjaman Yen Jepun Kurangkan Kos Hutang Negara

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menimbang untuk mendapatkan kemudahan pinjaman daripada Jepun bagi mengurangkan ‘high cost of money’ kerana kadar faedah hutang yang diambil pentadbiran terdahulu konon terlalu tinggi iaitu sebanyak enam peratus, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata nilai wang Yen Jepun lebih murah berbanding Ringgit, dengan Yen bernilai US$1 sen, manakala RM1 bernilai US$25 sen, dan membayar balik hutang negara dengan Yen Jepun bermakna negara tidak dibebani dengan kadar faedah tinggi sebanyak lebih daripada enam peratus.

Katanya kerajaan juga hanya akan meminjam Yen sebanyak nilai US$ atau jumlah Ringgit yang dihutang.

Menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini, Dr Mahathir turut mendedahkan bahawa kerajaan sebelum ini membayar komisyen 10 peratus kepada Goldman Sachs daripada hutang yang diambil.

“Ini bermakna kerajaan dahulu mendapat hanya 90 peratus daripada wang yang dihutang tetapi membayar faedah ke atas 100 peratus wang dihutang. Faedah ke atas 90 peratus meningkat kepada 6.6 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, kerajaan Malaysia pernah menerima tawaran pinjaman mudah daripada kerajaan Jepun pada kadar faedah 0.7 peratus, dan tempoh bayaran balik selama 40 tahun.

“Kita tidak tahu sama ada kerajaan Jepun boleh memberikan kadar faedah serendah itu lagi, membayar balik hutang dengan Yen berfaedah serendah itu lagi, tetapi membayar balik hutang dengan Yen berfaedah rendah bermakna kita tidak lagi dibeban dengan faedah lebih tinggi dari enam peratus hutang asal.

“Hutang Yen akan mengganti hutang US$ atau Ringgit. Kita masih berhutang tetapi kos hutang menurun. Inilah sebabnya yang kita cuba mendapat pinjaman Yen daripada kerajaan Jepun,” katanya. – BERNAMA

Tags: jepunTun Dr Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd