• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Dunia: Diancam Bunuh Gagal Jaring Penalti

oleh Cj Mnh
05/07/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEBERAPA pemain Colombia yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menentang England, menerima ancaman bunuh daripada ramai penyokong sendiri.

Mesej tersebut ditujukan khusus kepada Mateus Uribe dan Carlos Bacca selepas mereka tersingkir daripada kempen Piala Dunia 2018 di Rusia kelmarin.

Ugutan bunuh itu kebanyakannya ditujukan kepada Bacca dengan meminta pemain berkenaan membunuh diri dan tidak kembali ke tanah air semula.

Sebelum ini polis sudah melakukan siasatan berhubung ancaman bunuh ke atas pemain Colombia, Carlos Sanchez selepas dia dibuang padang, tiga minit permainan bermula pada aksi pembukaan Piala Dunia menentang Jepun.

Ramai penyokong berang dengan kekalahan itu merujuk kepada ulang tahun ke-24 kematian Andres Escobar semalam yang dibunuh selepas jaring gol sendiri dan dikatakan punca Colombia tersingkir pada Piala Dunia 1994.

David Castaneda menggunakan Twitter menyampaikan mesej amaran: “Mati lah Carlos Bacca. Tidak ada siapa perlukan kamu. Jangan kembali semula ke sini.”

Seorang lagi penyokong Jhon Duqueismo, menyatakan: “Terima kasih kepada semua pemain kecuali pemain tidak berguna, Carlos Bacca. Jangan kembali ke sini.”

HumorFPCosky menulis: “Carlos Bacca lebih baik anda bunuh diri jadi anda tidak perlu hidup dalam derita.”

Colombia ditunjukkan jalan pulang oleh England apabila tewas menerusi sepakan penalti 3-4 apabila perlawanan terikat 1-1 selepas masa tambahan di peringkat 16 pasukan terakhir.

Bagimanapun ada penyokong Colombia yang melahirkan rasa terkejut dengan mesej ganas itu.

Brayan Sanchez berkata: “Jangan mengharapkan Bacca dan Uribe mati. Adakah kita mahu apa yang berlaku ke atas Andres Escobar berlaku lagi? Ini kah Colombia? Sama ada kita menang dan kalah, kita adalah satu negara.”

Dan menurut MoreJuanSe: “Mereka mula menghina dan mengugut Uribe dan Bacca. Semalam adalah ulangtahun ke-24 kematian Andres Escobar, kita sepatutnya kena belajar bagaimana menerima kekalahan.”

Escobar, 27, ditembak mati 10 hari selepas dia melakukan kesilapan sehingga menyebabkan Colombia tersingkir daripada Piala Dunia di Amerika Syarikat. – Agensi

Tags: ColombiaPiala Duniaugut bunuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Monster Truck Hilang Kawalan, Rempuh Penonton: 2 Maut, 37 Cedera

Monster Truck Hilang Kawalan, Rempuh Penonton: 2 Maut, 37 Cedera

04/05/2026
0

Oleh Mynewshub POPAYÁN – Sekurang-kurangnya dua individu dilaporkan maut manakala 37 lagi cedera dalam satu insiden ngeri melibatkan sebuah kenderaan...

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

Russia Digantung Kerana Perang, AS Dan Israel Tak Mengapa – Apa Sudah Jadi Pada FIFA? 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub APABILA Russia menceroboh Ukraine pada 2022, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) terus menggantung negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd