• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PFP Lapor Polis Kes Sunting Gambar Najib

oleh Cj Mnh
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Penang Front Party (PFP) hari ini membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyunting gambar beliau dengan berlatar belakang kubur Cina di Facebook.

Ketua Pemuda PFP Teoh Kean Liang berkata perbuatan itu dilihat sebagai tidak bermoral dan biadab serta satu contoh buruk yang ditunjukkan netizen terhadap bekas perdana menteri itu.

“Saya dari pada kaum Cina, saya sendiri tidak dapat menerima perbuatan seumpama itu yang dilihat boleh mencetuskan isu perkauman serta menyinggung penganut agama lain.

“Kami memandang serius perbuatan ini yang dilihat cuba menjatuhkan imej bekas perdana menteri itu, kita sudah diajar tentang pendidikan moral di sekolah dan mesti menghormati semua kaum tanpa mengira latar belakang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

Jumaat lepas, seorang pemilik akaun Facebook memuat naik gambar Najib yang disunting berlatarkan kubur Cina serta wang kertas untuk orang mati, perbuatan itu disifatkan sebagai memberi maksud yang Najib sudah mati dan dikuburkan di situ.

Teoh berkata pihaknya turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakgambar edit
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd