• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perbanyakkan Dasar, Program Pulih Semula Hutan

oleh Cj Mnh
21/07/2018
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Jabatan Perhutanan Pahang diarahkan untuk memperbanyakkan dasar dan program berkaitan pemuliharaan semula hutan, titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda bertitah walaupun tidak dinafikan pembalakan sebagai sumber pendapatan negeri, namun ia seharusnya dilakukan secara terperinci bagi mengurangkan kesan ke atas alam sekitar.

“Permasalahan utama yang dihadapi ialah pembalakan yang dilakukan secara haram… ini yang kita semua sedang usahakan (untuk menanganinya),” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian semasa ditemui selepas merasmikan Majlis Konvokesyen ke-5 Universiti Automotif Malaysia DRB-Hicom di sini hari ini, yang turut dihadiri Naib Canselor universiti itu Profesor Datuk Seri Dr Omar Osman.

Baginda diminta mengulas mengenai luahan penduduk di Janda Baik, Bentong dekat sini yang mahu pihak berwajib memberi perhatian terhadap permasalahan pembangunan dan pembalakan di situ.

​​​​​​​Luahan itu yang dilaporkan media hari ini, juga melibatkan projek laluan elektrik di kawasan hutan sekitar Janda Baik, yang dikhuatiri akan menjejaskan kualiti sungai memandangkan majoriti penduduk bergantung kepada sektor ekopelancongan.

“Saya maklum akan perkara itu dan akan dapatkan laporan (berkaitan isu tersebut). Saya mohon diberikan sedikit masa untuk saya menelitinya,” titah baginda.

Mengulas mengenai universiti itu, Tengku Abdullah selaku Canselor menyatakan baginda berbangga dengan pencapaiannya yang bermula dengan hanya tiga kursus automotif pada awal penubuhannya sekitar tahun 2010 dengan nama International College of Automotive.

Titah banginda, universiti itu kini mempunyai 51 program diploma, ijazah sarjana muda dan pengajian pasca siswazah termasuk dalam bidang perniagaan dan pengurusan, menjadikannya tidak terhad kepada automotif dan kejuruteraan.

Baginda bertitah institusi pengajian tinggi perlu sentiasa melakukan transformasi dalam bidang akademik, kemahiran dan kokurikulum bagi melahirkan graduan yang seiring dengan perubahan semasa dan kehendak pasaran.

​​​​​​​”Sebagai contoh, institusi pengajian tinggi boleh melaksanakan kaedah pendidikan secara pelbagai disiplin dengan menitik berat kepada sistem pembelajaran melalui kemahiran inovasi, komunikasi dan realiti maya.

“Selain itu, kaedah pembelajaran secara kolaborasi dengan syarikat dan industri tempatan turut boleh menjana nilai pasaran bakal graduan.

“Saya menyeru pihak majikan untuk turut sama melakukan transformasi ke arah sistem automasi dan teknologi maya agar seiring dengan pendidikan dan kemahiran bakal graduan,” titah baginda.

Pada majlis itu, seramai 707 graduan menerima diploma dan sijil yang merupakan jumlah graduan paling tinggi direkodkan sejak konvokesyen pertamanya. – BERNAMA

Tags: hutanPemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PPS Bertambah, 1,813 Mangsa Dipindahkan Di Kedah

Kes Bunuh Warga Sri Lanka: 2 Suspek Dicekup Sembunyi Dalam Hutan

28/09/2023
0

KUALA LUMPUR: Dua suspek dikehendaki berhubung kejadian bunuh tiga warga Sri Lanka Khamis lalu ditahan ketika bersembunyi di dalam hutan...

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

Merajuk Lari Ke Dalam Hutan, Kanak-kanak 11 Tahun Ditemukan Selamat

11/07/2023
0

KOTA BELUD: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang semasa melarikan diri ke dalam hutan di Kampung Dudar ditemukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd