• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengundi Sungai Kandis Diseru Mengundi Sabtu Ini

oleh
31/07/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menyeru pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis supaya menunaikan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PKR) DUN itu Sabtu ini.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata pengundi juga dinasihatkan supaya merancang masa dan tidak memilih untuk keluar mengundi di saat akhir walaupun tempoh mengundi telah ditetapkan sehingga pukul 5.30 petang.

“SPR juga meminta para pengundi agar membuat semakan maklumat daftar pemilih mereka lebih awal sebelum hari pengundian.

“Semakan awal itu bagi memudahkan mereka untuk merancang perjalanan serta mengelakkan mereka menghadapi masalah kesesakan di pusat mengundi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata pengundi boleh membuat semakan daftar pemilih tersebut dengan melayari portal rasmi SPR di www.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak.

Katanya, selain dua langkah tersebut, pengundi juga boleh menghubungi talian 03-88927018 atau menghantar SMS ke 15888 untuk membuat semakan.

Othman berkata pengundi juga disaran mencatat maklumat semakan itu dan menunjukkannya kepada petugas di saluran mengundi itu.

“Catatan atau slip maklumat semakan pemilih pengundi itu akan memudahkan petugas pilihan raya untuk membuat semakan nama dan membantu kelancaran proses pengundian.

“Pengundi juga dinasihatkan supaya membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan diri yang rasmi dan sah (yang memaparkan maklumat gambar, nama dan nombor kad pengenalan) pada hari mengundi serta tidak menyerahkan kad pengenalan mereka kepada pihak lain selain daripada petugas pilihan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Kandis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRK Sg. Kandis Bukti Rakyat Tolak Isu Agama?

06/08/2018
0

SHAH ALAM - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada pengundi di Sungai Kandis kerana memberi kemenangan kepada Pakatan...

Kemenangan PRK Sungai Kandis Bukti Rakyat Percayakan PH

05/08/2018
0

ALOR SETAR - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, Selangor semalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd