Saturday, September 14, 2024

Creating liberating content

Hariri Kembali Ke Lubnan...

BEIRUT - Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri, kembali ke negaranya lewat semalam, menjelang...

Tun M Tulis Surat...

PUTRAJAYA : Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru kepada semua pengundi Johor untuk membuat...

Caruman KWSP 7% Mulai...

KUALA LUMPUR - Penurunan kadar caruman berkanun syer pekerja daripada 11 peratus kepada...

“PPBM Khianat Terima Bekas...

PENGERUSI PKR Johor, Hassan Karim menyelar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kerana menerima...

Pengasuh Adam Rayqal Didakwa

PENGASUH Adam Rayqal Mohd Sufi didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, hari ini, atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan kepala dan melupuskan mayat mangsa, awal bulan ini.

Noor Aqilah Abd Rahman, 33, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Noor Aqilah sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap Adam Rayqal Mohd Sufi Naeif, lima bulan, didakwa menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan di kepala kanak-kanak berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Dia turut dituduh melupus mayat Adam Rayqal dengan niat menyembunyikan kematian mangsa supaya terlepas daripada hukuman dan didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun dan denda. – myMetro Online

Kategori