Besut : Dua pengasuh wanita direman enam hari susulan penularan video kes dera kanak-kanak di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di daerah ini.
IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..
Perintah reman terhadap dua wanita berusia 26 tahun serta 50 tahun dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Besut, Ahmad Fadhli Mahmud.
Reman yang bermula hari ini sehingga 12 September bagi membolehkan siasatan kes mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001.
Wanita itu ditahan polis semalam selepas ibu kanak-kanak berkenaan membuat laporan pada Khamis.
-Harian Metro