• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilihan PKR Paling Panas Dalam Sejarah

oleh Haris
01/08/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIHAN pemimpin PKR bermula bulan depan bakal menjadi pemilihan paling panas dalam sejarah parti yang ditubuhkan semasa era reformasi ini.

Kali ini, pemilihan diadakan semasa PKR sudah menjadi sebahagian kerajaan persekutuan dan menguasai dua negeri.

Dalam pemilihan tahun ini, Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah bebas dan bersedia menggantikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Suara ramai pemimpin dan ahli akar umbi mahu Anwar mengambil alih jawatan presiden parti daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, parti sejak sedekad lalu telah dikuasai oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, yang kini menteri di Putrajaya dengan sebelah kakinya dalam kerajaan Selangor.

Di Selangor, negeri kubu kuat PKR, Azmin sudah membina tapak yang kukuh dan dijangka tidak akan menghadapi masalah mendapatkan sokongan.

Tetapi semua ini tetap tidak boleh dipandang mudah oleh Azmin, kerana penguasaanya yang digelar “kartel” di Selangor dan dalam PKR sudah menyebabkan ramai dalam PKR tidak berpuas hati.

Kebelakangan ini, menjelang pemilihan banyak cerita-cerita tentang Azmin tersebar, yang pastinya sebahagian kempen pasukan lawan untuk memburukkannya.

Satu bahan yang luas tersebar ialah transaksi perbankan yang didakwa menunjukkan kekayaan Azmin.

Sekiranya maklumat tersebut bukan berita palsu, pembocoran maklumat seperti ini dikaitkan dengan Rafizi Ramli yang pakar dalam mendapatkan maklumat rahsia.

Rafizi akan bertanding merebut jawatan Azmin, timbalan presiden sebagai orang nombor dua dalam parti.

Sebagai “under dog” Rafizi sudah mendapat restu Anwar dan kem “Istana Segambut,” yang sudah tentu mahu menyekat Azmin.

Azmin sudah kukuh kedudukanya sebagai menteri dan salah seorang pengarah Khazanah yang baru dilantik oleh PM Mahathir.

Kedudukan Azmin ini menjadikannya lebih digeruni, dan bagi ramai pemimpin lain, lebih diyakini kerana sudah berada dalam Kabinet Mahathir di kedudukan yang kanan.

Azmin sekarang sudah mencapai tahap “PM material” kerana sudah lama bersama parti dan memimpin parti melalui beberapa pilihan raya umum.

Azmin mempunyai gerombolan penyokong yang ramai dan kuat di Selangor dan di peringkat pusat PKR.

Tetapi ancaman daripada Rafizi tidak boleh dianggap mudah kerana Rafizi selain direstui Anwar, juga menerima sokongan kelompok yang tidak bersetuju dengan Azmin.

Sekiranya Azmin berani mencabar Anwar dan ditakdirkan menang, keadaan akan berbeza bagi Rafizi yang mungkin akan mendapat Azmin sebagai bosnya dalam parti.

Di kedudukan timbalan presiden, Rafizi boleh lebih berkuasa tetapi terpaksa pula dibayangi oleh Azmin.

Sebagai seorang politikus yang bijak dan licik, Azmin sudah membina pengaruh yang cukup untuk membolehkannya menjadi pencabar yang serius kepada Anwar bagi jawatan presiden.

Azmin belum memberi jawapan sama ada hendak bertanding jawatan presiden atau tidak tetapi beliau semakin didesak untuk berbuat demikian.

Daripada risiko ditewaskan oleh Rafizi dalam perebutan jawatan timbalan presiden, lebih baik Azmin mengambil risiko menentang Anwar.

Berbanding peluang menewaskan Rafizi, mungkin peluang untuk menang sebagai presiden lebih besar bagi Azmin.

Sekiranya pengaruh Azmin terhakis dalam PKR akibat tewas jawatan timbalan presiden, Azmin akan lebih sukar untuk menjaga kedudukannya di Putrajaya dan di Selangor.

Maka Azmin perlu membuat pilihan yang terbaik antara berlawan di kedudukan nombor dua atau cuba merampas kedudukan tertinggi.

Azmin tentu mendapat sokongan Mahathir sendiri, sebagai wakil untuk menyekat Anwar dalam partinya sendiri.

Pelan Mahathir lebih boleh berjaya dengan Azmin kekal berkuasa dalam PKR dan bukannya Anwar.

Anwar boleh menggerakkan gerakan lain yang boleh merosakkan program Mahathir, kerana Anwar sedar jalannya menuju kerusi perdana menteri masih berliku.

Menguasai PKR hanyalah satu daripada beberapa anak tangga yang mesti didaki sebelum sampai ke kedudukan perdana menteri.

Selain Anwar dan Azmin, penyokong masing-masing juga meletakkan harapan pada tokoh ikutan mereka.

Amat banyak yang dipertaruhkan dalam pemilihan kali ini, yang akan menjadikan pemilihan tahun ini paling panas dalam sejarah PKR, hingga boleh menyebabkan perpecahan. – Mynewshub.tv

Tags: Datuk Seri Anwar IbrahimDatuk Seri Mohamed Azmin AliMohd Rafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

PMX Anwar Hubungi Perdana Menteri Norway, Bantah Keputusan Batal Eksport Sistem Peluru Berpandu NSM

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan bantahan keras Malaysia terhadap keputusan unilateral Norway membatalkan lesen eksport...

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd