• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lagi Kes Pemandu Grab Hilang 3 Hari Lepas

oleh Cj Mnh
06/07/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, dekat Pasir Gudang, sejak tiga hari lepas.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abdul Aziz berkata lelaki itu disedari hilang oleh isterinya selepas keluar dari rumah untuk bekerja, kira-kira 10 malam, Selasa lepas.

“Polis Daerah Seri Alam mengesahkan menerima laporan bersabit kejadian itu (kehilangan). Usaha mengesan lokasi terakhir telefon bimbit mangsa sedang dijalankan dan gambar mangsa juga telah diedarkan.

“Hingga kini, mangsa dan juga kenderaan Saga BLM warna kelabu bernombor pendaftaran JMQ 2214 yang dipandunya masih belum ditemui,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Jokhiri berkata siasatan awal mendapati pemandu Grab itu keluar dari rumahnya sebelum menuju ke destinasi yang tidak diketahui dan buat masa ini tiada sebarang unsur jenayah disyaki berlaku.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kehilangan mangsa supaya tampil memberi maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, kehilangan pemandu Grab yang dikenali sebagai Ishak Shuadak itu mendapat perhatian orang ramai selepas tular dalam laman Facebook sejak semalam. – Bernama 

** Sekadar Video Hiasan..

Tags: GrabHILANG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

Agensi Umrah Perjelas Kehilangan Nadia Kesuma, Usaha Pencarian Diteruskan Di Jeddah

16/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Pelakon filem Syaitan Munafik, Nadia Kesuma dilaporkan gagal dikesan selepas penerbangannya ke London dari Kuala Lumpur sedang transit...

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

Penumpang OKU Dakwa Dilayan Buruk Pemandu Grab Di Sri Damansara

12/01/2026
0

PETALING JAYA – Insiden tikam lidah antara seorang pemandu e-hailing dengan penumpangnya viral dan mencetuskan perdebatan dalam masyarakat. Pemandu berkenaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd