• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Syarikat Didakwa Sebabkan Kebocoran Tong Gas Klorin

oleh
18/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pekerja syarikat barangan lusuh dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan menyebabkan kebocoran tong gas klorin hingga membahayakan nyawa penduduk Kampung Tambak Paya di sini, tahun lepas.

Chai Boon Wua, 23, sebagai orang kena saman, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Analia Kamaruddin.

Dia didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kebocoran sebuah tong gas klorin No. ABCT 592 hingga membahayakan nyawa penduduk di kawasan Kampung Tambak Paya akibat terhidu gas yang beracun.

Chai didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan sebuah rumah di kampung itu pada kira-kira 3.30 petang, 28 Sept 2017 mengikut Seksyen 284 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Azri Zakaria menawarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin dan tawaran itu tidak dibantah peguam Foo Qiao Wei yang mewakili Chai.

Mahkamah membenarkan Chai diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Ogos ini untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes mahkamah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

Kes Mahkamah: UMNO Tak Pernah Minta Campur Tangan PM

23/08/2022
0

IPOH - UMNO tidak pernah mendesak sebarang campur tangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung kes mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd