• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pecah Amanah: Bekas Pengurus Akaun Dipenjara 2 Tahun

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengurus akaun dan pentadbiran di sebuah hotel yang mengambil wang syarikat untuk membayar hutang “Ah Long” dihukum penjara dua tahun dengan dua sebatan dan denda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana pecah amanah lebih RM170,000.

Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman itu ke atas Lee Hooi Keng, 44, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan pecah amanah itu dan memerintahkan bapa anak tiga itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 19 Julai lepas dan hukuman enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Zainal Abidin turut menasihatkan tertuduh supaya insaf atas perbuatannya serta tidak mengulangi kesalahan yang boleh memberi kesan kepada keluarga dan diri sendiri.

“Kamu ada pengalaman dan pelajaran selain mempunyai masa hadapan yang cerah. Tidak elok mengambil wang orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Saya harap awak berubah, fikirkan pasal keluarga dan jangan ulangi lagi kesalahan ini,”katanya.

Semasa hakim bertanyakan mengapa dia melakukan kesalahan itu, Lee memberitahu bahawa dia tersilap langkah dengan mengambil wang itu untuk membayar hutang kepada ‘Ah Long’ yang dipinjamnya bagi memulakan perniagaan.

Lee didakwa sebagai agen iaitu pengurus akaun dan pentabiran Hotel Everly, yang diuruskan oleh Indah Putrajaya Sdn Bhd telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta tertentu milik syarikat iaitu telah melakukan pecah amanah wang berjumlah RM176,783. 65.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hotel Everly, Jalan Alamanda 2, Presint 1, Putrajaya antara 16 Mac 2016 hingga 16 Mei 2016, mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius.

“Kesalahan seperti ini kerap berlaku, tertuduh adalah orang yang berpelajaran dan seharusnya tahu membezakan baik dan buruk. Sepatutnya tertuduh perlu menjadi orang yang amanah walaupun berada dalam apa jua keadaan kerana wang yang diambil adalah jumlah besar,” katanya.

Bagaimanapun, Lee yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan menyesal atas perbuatannya dan ia juga kesalahan pertamanya.

“Saya mohon maaf kepada bos, keluarga dan isteri saya kerana disebabkan kesalahan ini mereka terpaksa menanggungnya,” katanya sambil menangis teresak-esak dalam kandang tertuduh.

Mengikut fakta kes, majikan tertuduh telah membuat laporan polis selepas mendapati terdapat empat bayaran melalui cek berjumlah RM176, 783.65 kepada syarikat pembekal yang tiada urusan dengan pihak hotel dan bayaran itu dimasukkan ke dalam Syarikat Vision Excel Ten Enterprise dan Trend Access Sdn Bhd di mana pemilik syarikat-syarikat itu adalah tertuduh dan isterinya. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiaasan..

Tags: Kes Pecah Amanahpengurus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

Buka Tanah Tanpa Kelulusan EIA, Pengurus Dipenjara Sehari, Denda RM450,000

21/05/2025
0

Johor Bahru: Seorang pengurus projek dijatuhkan hukuman penjara sehari kerana membangunkan estet perindustrian melebihi 20 hektar di sini, tanpa mendapat...

Polis Terima Laporan Mangsa Pergaduhan Di Kedai Makan

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Tangguh 19 Jun

04/06/2024
2

Kuala Lumpur: Perbicaraan kes pecah amanah Datuk Seri Najib Razak bersama bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd