• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Tunggu Maklumat Jepun 2 Rakyat Ditahan

oleh Ahmad Albab
23/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu maklumat berhubung penahanan dua wanita Malaysia oleh pihak berkuasa Jepun kerana disyaki menyeludup dadah pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu dipercayai cuba menyeludup masuk 1.5 kilogram dadah jenis metamfetamina yang dianggar bernilai RM3.3 juta di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo.

“Tangkapan dilakukan oleh pihak Kastam Jepun… kita sedang berinteraksi dengan pihak polis negara itu untuk mendapatkan maklumat lengkap mengenai tangkapan berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, di sini hari ini.

Media tempatan sebelum ini melaporkan dua wanita warga Malaysia ditahan oleh Jabatan Polis Metropolitan dan Kastam Tokyo kerana disyaki menyeludup dadah yang disorokkan di dalam pakaian dalam.

Laporan itu menyebut pegawai kastam Tokyo yang mendapati suspek dalam keadaan mencurigakan membuat pemeriksaan rapi sebelum menemui dadah berkenaan.

Mereka sebelum itu dipercayai berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sementara itu, Mohmad berkata bilangan pengunjung pusat hiburan di seluruh negara yang terlibat dengan pengambilan dadah semakin membimbangkan, terutamanya dalam kalangan belia.

“Daripada pemeriksaan kita lakukan, 40 hingga 50 peratus pengunjung pusat hiburan positif dadah… trend berkenaan tidak baik dan ia sangat mengejutkan,” katanya.

Kebanyakan pengunjung pusat hiburan mengambil dadah jenis sintetik iaitu pil erimin 5, syabu dan ekstasi, katanya. – BERNAMA

Tags: jepunpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd