• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Khas PDRM Banteras ‘Mini Kasino’

oleh Cj Mnh
07/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas banteras kegiatan judi ‘mini kasino’ dalam talian yang semakin berleluasa ketika ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim di sini, hari ini.

Beliau berkata dengan adanya pasukan khas itu tindakan boleh dikenakan di di bawah Undang-undang Pencegahan (POCA) di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) ke atas penganjur perjudian online itu.

“Setakat tempoh enam bulan pertama tahun ini seramai 25 suspek ditahan di bawah POCA.

“PDRM memberi amaran tindakan tegas akan diambil kepada penganjur dan pelanggan judi online ini walaupun perbuatan mereka sukar untuk dikesan kerana beroperasi secara mobile dan bukan di satu tempat atau premis,” katanya kepada pemberita pada sidang media khas di Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, selain POCA mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Mazlan berkata kegiatan perjudian dalam talian menggunakan tablet dan telefon pintar beroperasi melalui dua modus operandi iaitu dengan menggunakan tablet atau telefon pintar penganjur atau penjaga di lokasi premis yang telah ditetapkan untuk mereka yang baru dalam kegiatan itu.

“Sekiranya pemain menang, penjaga akan membayar secara terus kepada pemain dan sekiranya penjaga tidak cukup wang untuk membayar hasil kemenangan oleh pemain, urusan transaksi akaun bank dilakukan oleh pengurus atau penyelia judi online itu,” katanya.

Modus operandi kedua ialah pengendali judi online memberi satu alamat link yang perlu pemain memuat turun daripada aplikasi “Google Play Store” versi Android menggunakan telefon bimbit milik pemain.

“Biasa ini lebih melibatkan pelanggan tetap penganjur judi online dan mereka berhubung melalui WeeChat untuk setiap urusan perjudian,” katanya.

Menurutnya setakat Jun tahun ini sahaja, 71 serbuan melalui Op Dadu melibatkan 268 tangkapan dan rampasan peralatan elektronik iaitu 342 tablet, komputer (70), laptop (60), telefon pintar (69), wifi/modem (38) dan router (24) dengan nilai rampasan RM36,559. – BERNAMA

Tags: JUDIPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

Polis Buka Siasatan Kes Lelaki Berseragam Bawa Senjata Di Kepong

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan telah membuka siasatan berhubung rakaman tular memaparkan seorang lelaki berpakaian menyerupai anggota pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd