Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Usia 60 Tahun, Amy...

SUNGGUHLAH rezeki itu di tangan Tuhan... Pada usia 60 tahun, penyanyi legenda rock,...

Mangsa Tembak Di Narathiwat...

KOTA BHARU - Rakyat Malaysia yang parah ditembak di Jalan Narathiwat-Takbai, Narathiwat, Thailand,...

Ahli Keluarga, Rakan-Rakan Beri...

BATU PAHAT - Anggota keluarga dan rakan mangsa tragedi bas di Chiang Mai,...

Janda 45 Tahun Tak...

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhkan hukuman empat kali sebatan...

‘Patutlah Bergaya, Hidup Mewah…’

GAYA hidup mewah seorang lelaki muda terbongkar selepas dia ditahan bersama 3.28 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM100,000 di Kampung Nyiur Chabang Atas, di Langkawi, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 5.30 pagi itu, suspek berusia 23 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi, ketika sedang tidur.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis yang melakukan intipan berjaya menangkap suspek ketika dia berehat di dalam bilik di kediamannya.

Katanya, suspek yang terkejut dengan kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal selepas rumah berkenaan sudah dikepung pihak berkuasa.

“Pemeriksaan dalam bilik yang dihuni suspek menemui satu beg galas yang mengandungi lapan paket plastik lut sinar yang diisi dadah heroin seberat 3.28 kg.

“Turut dirampas wang tunai RM1,200 bersama peralatan seperti gunting, sudu, alat pelekat plastik dan dua penimbang digital,” katanya pada sidang media, hari ini.


Mohd Iqbal berkata, suspek dan kesemua barangan yang dirampas dibawa balik ke IPD Langkawi untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek sudah ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

“Bagi kes sitaan wang tunai pula, suspek disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Dadah Berbahaya (Perlucutan Harta) 1988,” katanya. – MyMetro

Kategori