• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasaran Getah Menyusut Minggu Depan

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasaran Getah Malaysia dijangka menyusut pada minggu depan berikutan aktiviti pengambilan keuntungan, ditambah pula dengan kekurangan permintaan termasuk longgokan bekalan.

Seorang peniaga berkata, terdapat perbezaan yang ketara antara harga getah pada asas Jumaat ke Jumaat, yang berkemungkinan akan mencetuskan pembetulan teknikal pada minggu depan.

“Sentimen pasaran juga kurang memberangsangkan sekarang ini, dengan harga stirena butadiena Eropah (SBR) diramal merosot dalam beberapa minggu akan datang disebabkan permintaan yang semakin berkurangan serta bekalan yang mencukupi.

“Inventori yang tinggi dan tawaran stabil yang semakin berkurangan dalam Julai telah memberi kesan ke atas harga, permintaan juga agak lembap disebabkan cuti musim panas,” katanya kepada Bernama, sambil menambah, permintaan dijangka meningkat antara hujung Ogos dan awal September.

Atas asas Jumaat ke Jumaat, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik sebanyak 14 sen kepada 535.5 sen sekilogram, manakala lateks pukal meningkat sebanyak 7.5 sen kepada 416 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 menokok sebanyak 14 sen kepada 537 sen sekilogram dan lateks pukal adalah empat sen lebih tinggi kepada 416 sen sekilogram. – BERNAMA

Tags: Ekonomipasaran getah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

PRN Johor: Onn Hafiz Mohon Mandat Baharu Teruskan Agenda Maju Johor 2030

03/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon sokongan dan kepercayaan rakyat Johor untuk terus memberi mandat...

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

Adly Zahari Dakwa Rakyat Johor Utara ‘Melimpah’ Sehingga Ke Melaka

21/06/2026
0

SEGAMAT - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mendakwa Melaka kini 'dilimpahi' oleh rakyat Johor Utara disebabkan oleh pembangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd