Saturday, May 11, 2024

Creating liberating content

39,000 Warga Pakistan Diusir...

RIYADH - Sekurang-kurangnya 39,000 rakyat Pakistan dihantar pulang dari Arab Saudi sepanjang tempoh...

DAP Jadi Kilang Fitnah...

PEKAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan DAP sebagai ‘kilang...

Penganggur Ditahan Bantu Siasatan...

JOHOR BAHRU - Polis menahan seorang penganggur semalam, bagi membantu siasatan kejadian membakar...

Video: Juri The Voice...

SIAPA sangka penyanyi kelahiran Malaysia, Jeffri Ramli berjaya membuatkan juri program nyanyian The...

Orang Ramai Perlu Sesuaikan Diri Kepada Pembangunan

KOTA KINABALU – Orang ramai perlu menyesuaikan diri dengan arus pembangunan agar dapat bergerak seiring dengan persekitaran pesat hari ini, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa ketidak upayaan melengkapkan diri bagi menghadapi pembangunan pesat boleh menyebabkan orang ramai mudah berputus asa.

“Kehidupan yang rancak hari ini hasil daripada pembangunan memberi kesan baik kepada masyarakat apabila melahirkan pekerja yang produktif yang dapat bertindak cepat dalam sebarang situasi dan kehendak kehidupan.

“(Bagaimanapun) tempo kehidupan yang rancak ini mungkin dilihat membawa satu masalah oleh mereka berkenaan dan ini membawa konflik mengenai maksud kebahagiaan,” katanya ketika merasmikan Asian Association of Indigenous and Cultural Psychology Conference di sini,

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Inovasi Sabah, Jenifer Lasimbang.

Mohd Shafie juga melahirkan rasa kebimbangan terhadap kekurangan sumbangan dan nilai kebudayaan dalam kalangan orang ramai bagi mencapai kehidupan moden yang lebih bermakna.


Sehubungan itu, beliau menyeru pendidik dan pakar agar berkongsi idea yang boleh membantu membina kehidupan yang lebih berkualiti tanpa mengorbankan budaya dan nilai penduduk asal.

“Hari ini, kita dalam perlumbaan untuk mencari idea popular berhubung cara ‘standard’ kehidupan tanpa menyedari kita mula lupa asal usul budaya sendiri.

“Jika keadaan itu berterusan, masyarakat generasi akan datang tidak akan mampu mengetahui dan menghargai akan keindahan budaya kita sendiri yang mencerminkan identiti rakyatnya,” katanya. – BERNAMA

Kategori