• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Ditahan Bantu Siasatan Bakar Buku Agama

oleh AK-47
29/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang penganggur semalam, bagi membantu siasatan kejadian membakar buku agama dan mencuri kipas di Surau Al-Hidayah, Jalan Pertanian, Taman Universiti, Skudai di sini, Selasa lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Supt Beh Eng Lai berkata lelaki berumur 34 tahun itu ditahan anggota Ops Cegah Jenayah Balai Polis Taman Universiti, kira-kira 2 petang.

“Tangkapan ke atas lelaki itu dibuat selepas polis bertindak atas maklumat awam. Siasatan mendapati lelaki itu memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah dan tiga kes jenayah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beh berkata ujian air kencing mendapati lelaki itu positif penyalahgunaan dadah jenis Methamphetamine dan dia juga mempunyai rekod rawatan di Hospital Permai di sini.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki itu pernah ke surau tersebut untuk melakukan kerja pembersihan.
Katanya mahkamah membenarkan perintah reman terhadap lelaki itu sehingga Ahad ini bagi membolehkan polis melakukan siasatan lanjut.

Selasa lepas, sebuah buku agama dilaporkan dibakar dipercayai dilakukan penjenayah yang berang kerana gagal mencuri duit tabung di surau terbabit.

Polis mengesahkan kejadian disedari seorang penduduk yang melalui kawasan surau itu pada 2.10 pagi hari berkenaan apabila melihat pintu pagar dan pintu jeriji surau terbuka.

Pemeriksaan di surau itu mendapati seunit kipas mudah alih hilang, al-Quran dan buku Yasin berselerak manakala beberapa rak dan jam besar juga dialihkan dari tempat kedudukan asal. – BERNAMA

Tags: Supt Beh Eng Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd