• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Susun Langkah Haram Kahwin Budak

oleh
25/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil langkah sementara bagi mengekang perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah umur dan mengharamkannya sama sekali apabila tiba masanya, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini.

Beliau berkata prosedur operasi standard (SOP) berkenaan, yang akan dimuktamadkan bulan ini, bertujuan mewujudkan langkah jangka pendek bagi mengetatkan undang-undang sedia ada sehinggalah kerajaan menemukan penyelesaian konkrit untuk melarang sepenuhnya perkahwinan melibatkan kanak-kanak.

“Kami sedang menyediakan SOP bagi mengetatkan lagi undang-undang (sedia ada) kerana selagi terdapat peruntukan dengan kebenaran mahkamah, seseorang itu perlu menghormati undang-undang.

“Bagaimanapun, biarlah saya nyatakan di sini bahawa ini hanyalah suatu langkah sementara, yang (langkah) jangka panjang itu sangat penting (langkah) dan kami akan sampai ke peringkat di mana perkahwinan kanak-kanak akan diharamkan,” katanya di lobi Parlimen hari ini.

Mujahid berkata kerajaan sedang berdepan dengan beberapa masalah teknikal untuk mengharamkan perkahwinan kanak-kanak kerana ia melibatkan proses meminda undang-undang sedia ada.

Mujahid tidak menolak kemungkinan bahawa dalam jangka panjang, suatu Akta, sama ada sivil atau Syariah, akan dipinda bagi mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur.

Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan ingin mendapatkan pandangan daripada semua pemegang kepentingan termasuk para cerdik pandai Islam dan hakim Mahkamah Syariah untuk mengkaji perkara itu sebelum ia dibawa ke Parlimen.

Beliau berkata undang-undang sedia ada berkaitan perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah umur sudah begitu jelas di mana seseorang lelaki yang ingin berkahwin, mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, manakala wanita pula berusia sekurang-kurangnya 16 tahun.

Mujahid berkata demikian apabila diminta mengulas satu kes baru-baru ini di mana seorang lelaki berusia 41 tahun di Kelantan berkahwin dengan kanak-kanak berusia 11 tahun.

Dalam perkara berasingan, Mujahid berkata beliau akan menganjurkan perjumpaan tertutup antara Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dan Timbalan Ketua Menteri ll Pulau Pinang P. Ramasamy berkaitan dakwaan Ramasamy mempunyai hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dari Sri Lanka.

Kata menteri itu, beliau menjangka pertemuan berkenaan akan diadakan di Putrajaya.

“Saya ada berhubung dengan Ramasamy dan Maza dan saya dapati satu perjumpaan perlu diadakan berikutan pelbagai tuduhan yang dibuat itu. Mereka bersetuju untuk mengadakan perjumpaan itu dengan syarat ia diadakan secara tertutup dan saya menjadi pengantaranya.

“Saya harap, perjumpaan enam mata ini akan menamatkan semua tuduhan liar itu. Selagi mereka tidak mengadakan perjumpaan, mesej tentang andaian yang dibuat, akan terus tular,” katanya. – BERNAMA

Tags: Mujahid Yusof Rawa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Debat Isu TH: Abdul Azeez Sahut Cabaran Mujahid

22/07/2020
0

SHAH ALAM - Bekas Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyahut cabaran bekas Menteri di Jabatan...

Mujahid Tanggungjawab Atas Lelongan Aset Hartanah TH

18/06/2020
0

SHAH ALAM - Pendedahan surat perlucutan hak terhadap pembelian semula aset Lembaga Tabung Haji (TH) oleh bekas Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd