• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Tersentuh Lihat Sokongan Rakyat

oleh
05/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYUKUR… Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rasa tersentuh lihat sokongan diterima dirinya semasa ditahan lewat kelmarin sehingga dilepaskan pihak mahkamah dengan ikat jamin semalam.

Menerusi catatan dalam laman sosial Facebooknya pagi Khamis, beliau menyatakan kesyukuran apabila menerima sokongan sama ada yang hadir di luar bangunan SPRM Putrajaya, di mahkamah Kuala Lumpur dan di media sosial.

Sambil berserah kepada Allah SWT, bekas perdana menteri itu tegas akan perjuang hak rakyat selain membuktikan beliau tidak bersalah terhadap segala pertuduhan dikemukakan yang jelas lebih bersifat politik balas dendam.

Dalam pada itu, media tempatan melaporkan barisan kepemimpinan baharu UMNO turut mengambil peluang dengan luang masa menunaikan solat hajat di kediaman Najib di Jalan Langgak Duta dekat ibu negara malam tadi.

Solat sunat itu malah diimamkan sendiri oleh Presiden UMNO yang baharu dipilih pada 30 Jun lepas, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas menewaskan pencabarnya, Tengku Razaleigh Hamzah dan Khairy Jamaluddin.

Menerusi catatan dalam akaun Facebook beliau, Ahmad Zahid memberitahu, solah hajat itu bertujuan memohon Allah melindungi Najib yang juga bekas presiden UMNO itu serta ahli keluarganya daripada fitnah dan kezaliman.

“Semoga Allah lindungi beliau dan keluarga daripada fitnah serta kezaliman orang yang khianat,” katanya. Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beberapa Ahli Majlis Tertinggi parti turut kelihatan antaranya Datuk Seri Mustapa Mohamed, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin, Datuk Seri Razali Ibrahim, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Lokman Noor Adam.

Juga Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom selain sayapnya iaitu Ketua Wanita, Datuk Noraini Ahmad; Pemuda, Ketu Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Puteri, Datuk Zahida Zarik Khan.

Berikut ialah kenyataan penuh Najib:

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah meninggalkan mahkamah dengan ikat jamin.

Sepanjang 42 tahun merentasi karier ini, perjuangan saya sentiasa untuk rakyat dan parti saya. Jika penganiayaan ini adalah harga yang perlu saya bayar demi perjuangan saya untuk rakyat, demi kemakmuran negara, demi kebajikan rakyat, saya sesungguhnya redha dengan dugaan dunia ini.

Mata hati saya, pada ketika melalui dugaan ini, sentiasa pada Allah SWT.

Saya akan mendepani dugaan ini dengan cekal dan saya akan membuktikan saya tidak bersalah melalui proses mahkamah yang adil.

Apapun, sepanjang hampir 24 jam ini, saya dapat lihat sokongan dari rakyat Malaysia kepada saya sama ada dengan hadir di luar bangunan SPRM, di mahkamah dan di media sosial.

Saya juga tersentuh dengan mereka yang mengeluarkan kenyataan, termasuk yang pernah menentang saya pada masa lalu, menyokong saya dan turut menggesa kerajaan untuk memberikan kepada saya layanan yang adil dan menghormati undang-undang.

Sokongan dan kata-kata anda ini sangat bermakna buat kami pada ketika kami merentasi dugaan dunia ini.

Saya juga berterima kasih kepada pegawai dan anggota SPRM dan pihak keselamatan di atas profesionalisme mereka ketika saya ditahan. Saya telah dilayan dengan baik dan penuh hormat.

Saya dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada anda semua di atas sokongan yang tak putus putus kepada saya dan keluarga.

Sesungguhnya, dengan izin Allah, sebagaimana saya perjuangkan hak rakyat, saya akan perjuangkan keadilan untuk diri saya bagi membuktikan saya tidak bersalah pada pertuduhan pertuduhan ini.

Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Adil. – Mynewshub.TV

Tags: Najib Tun RazaksolatUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

Keahlian Meningkat, 14,045 Ahli Baharu UMNO Daftar Secara Dalam Talian – Asyraf Wajdi

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan jumlah keahlian baharu parti itu menerusi pendaftaran secara...

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

Tidak Ramai Dalam Kerajaan Perpaduan Ada Pengalaman Seperti UMNO

02/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden UMNO menegaskan tidak ramai dalam Kerajaan Perpaduan mempunyai pengalaman luas mengurus negara seperti dimiliki parti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd