• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Nafi Dakwaan Cetus Huru-Hara

oleh Cj Mnh
26/07/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau telah memanggil mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada malam 9 Mei berikutan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14.

Najib yang juga anggota Parlimen Pekan berkata beliau tidak menpunyai sebarang niat untuk mencetuskan huru-hara pada malam tersebut.

“Sebelum ini telah timbul tuduhan dan fitnah kononnya saya pada ketika itu sebagai perdana menteri bercadang untuk mencetuskan huru-hara dan mengisytiharkan darurat kerana kononnya saya takut kehilangan kuasa.

“Apa yang dituduh itu tidak berasas sama sekali dan saya boleh beritahu kepada Dewan yang mulia ini, kalau rujuk kepada panglima Angkatan Tentera Malaysia pada ketika itu dan Ketua Polis Negara dan semua anggota MKN, tidak ada panggilan mesyuarat khas MKN pada malam 9 Mei sama sekali,” katanya semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, peralihan kuasa telah berlangsung dengan aman dan tersusun.

“Saya nak nyatakan bahawa saya seorang yang percaya kepada prinsip demokrasi dan rules of law dan akur kepadanya,” katanya.

Najib berkata penyertaan beliau dalam perbahasan kali ini juga merupakan satu sejarah kerana buat pertama kalinya beliau telah berucap sebagai anggota Parlimen pembangkang.

Katanya, beliau juga akan terus menggunakan pengetahuan dan pengalaman beliau dalam membantu Ketua Pembangkang dan negara.

Dalam perbahasannya hampir 20 minitnya itu, Najib turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan hari ini telah menwarisi ekonomi yang kukuh dan sihat daripada Barisan Nasional.

Katanya, kerajaan terdahulu telah melaksanakan pelbagai langkah termasuk dua pakej ransangan ekonomi dan dasar transformasi ekonomi yang telah membawa kepada Malaysia terlepas daripada kesan krisis ekonomi dunia yang berlaku semasa kepimpinannya dahulu.

“Ekoran dasar transformasi dan pentadbiran ekonomi yang baik dan mendepani krisis itu, Malaysia tidak perlu wujud dana harta, tidak perlu wujud dana modal, mahupun tabung harapan bagi menyelamatkan ekonomi negara,” katanya.

Najib berkata dasar kerajaan hari ini juga seolah-olah kembali kepada zaman dahulu seperti dasar mengembalikan subsidi dan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau mendakwa bahawa penjawat awam kumpulan M40 juga mengeluh dan terkesan dengan pembatalan janjinya oleh kerajaan baharu untuk memberi satu kenaikan khas tahunan RM270 kepada mereka kerana langkah populis memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Katanya walaupun pemansuhan GST sekarang telah menstabilkan harga, tetapi satu lagi pusingan kenaikan harga dijangka akan berlaku apabiila SST dilaksanakan 1 September ini. – BERNAMA

Tags: huru hara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Negara Jadi Huru-Hara Angkara Pengkhianat?

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi melemparkan kata-kata keras keatas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd