• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib & 7 Lagi Batalkan Saman Balu Balasubramaniam

oleh Cj Mnh
25/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta enam yang lain hari ini berjaya dalam rayuan untuk membatalkan kes saman dikemukakan keluarga penyiasat persendirian mendiang P Balasubramaniam.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat bersama Datuk Suraya Othman dan Datuk Stephen Chung Hian Guan, sebulat suara membenarkan rayuan itu selepas mendapati ia difailkan melebihi tempoh masa dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Tengku Maimun dalam penghakimannya berkata, adalah jelas bahawa tuntutan saman oleh A Santamil Selvi dan tiga anaknya selaku plaintif difailkan pada tahun 2017 iaitu melebihi tempoh enam tahun.

Tengku Maimun berkata, berikutan itu tuntutan saman berkenaan ditegah melalui tempoh had masa.

Beliau berkata, mahkamah tidak boleh menerima dakwaan plaintif bahawa mereka tidak boleh memfailkan saman lebih awal kerana berada di luar negara

“Berdasarkan kepada isu kedua pula, kami berpandangan bahawa saman kedua ini yang mengandungi fakta dan terhadap pihak sama selepas saman pertama dibatalkan, adalah menyalahgunakan proses mahkamah

“Kami dengan ini membenarkan rayuan dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan Santamil Selvi selaku responden dalam permohonan rayuan itu membayar kos RM4,000 kepada setiap perayu.

Pada 13 Julai 2017, Santamil Selvi bersama tiga anaknya, B Kishen, B Menaga dan B Reeshi memfailkan saman kedua bagi pihak mendiang dengan menamakan kesemua individu sama sebagai defendan.

Ia bagi menuntut kerugian yang ditanggung mereka sepanjang berada di Chennai, India selama 56 bulan daripada 4 Julai 2008 sehingga Balasubramaniam, 53, meninggal dunia kerana serangan jantung pada 15 Mac 2013.

Selain Najib dan Rosmah, enam individu lain yang dinamakan selaku defendan ialah dua adik Najib, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim; peguam, Tan Sri Cecil Abraham dan anaknya, Sunil Abraham; Pesuruhjaya Sumpah, Zainal Abidin Muhayat; dan peguam M Arunampalam.

Dalam pernyataan tuntutan, Santamil Selvi mendakwa, ahli keluarganya secara salah dibuang ke luar negara selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Plaintif memohon ganti rugi berjumlah RM840,000 termasuk kos menyewa sebuah apartmen di Chennai, India, yuran sekolah, dan kehilangan pendapatan sebagai guru tadika, pinjaman perumahan, kos pengangkutan, ganti rugi am, ganti rugi khas dan kos.

Mahkamah Tinggi pada 30 Januari lalu menolak permohonan Najib dan defendan lain untuk membatalkan saman itu yang mengemukakan alasan bahawa ia difailkan melebihi tempoh masa.

Mahkamah turut memutuskan kes saman berkenaan mempunyai merit untuk didengar dan hendaklah diputuskan melalui perbicaraan penuh.

Santamil Selvi sebelum ini pernah memfailkan saman konspirasi terhadap kesemua defendan dan ahli perniagaan Deepak Jaikishan, bagaimanapun ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 2014 dan dikekalkan Mahkamah Rayuan serta Persekutuan pada 2015. – BH Online

Tags: kes samanP Balasubramaniam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

Anwar Mohon Tangguh Prosiding Perbicaraan Kes Saman Difailkan Yusoff Rawther

06/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes saman difailkan terhadapnya pada 2021...

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Public Bank Kes Saman RM560 Juta

26/05/2025
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan di sini pada Isnin, menolak rayuan akhir Public Bank Bhd untuk mengetepikan saman RM560 juta oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd