• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Malaysia Ulangi Tekad Dapatkan Keadilan

oleh Cj Mnh
17/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Malaysia tegas dalam usahanya mendapatkan keadilan untuk mangsa penerbangan Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

Memandangkan hari ini merupakan ulang tahun keempat kejadian yang mengorbankan kesemua 298 penumpang dan anak kapal MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Loke berkata tempoh 48 bulan ini pastinya suatu yang amat memeritkan bagi anggota keluarga mangsa.

“Kami tidak pernah goyah walaupun sehari dalam tekad mendapatkan keadilan untuk mangsa tragedi malang ini kerana itu janji kita kepada keluarga dan waris penumpang serta anak kapal,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Loke mengulangi Malaysia menghargai pembentangan oleh Pasukan Siasatan Bersama diketuai Belanda (JIT) pada 24 Mei lalu berhubung laporan terkini dan perkembangan siasatan jenayah.

Selaku anggota JIT, beliau berkata Malaysia sekali lagi menzahirkan penghargaannya atas kerja keras anggota JIT yang berjaya membuahkan maklumat penting berhubung kejadian]

“Malaysia, secara konsisten telah menggesa serta menyokong proses siasatan yang telus, bebas dan lengkap.

“Justeru, ia mengulangi gesaan JIT agar orang ramai tampil membantu siasatan proses dan menyediakan bukti sokongan terhadap manusi yang terlibat secara langsung bagi mempertahankan keadilan,” katanya.

Dalam kenyataan yang diisiarkan pada laman sesawangnya 24 Mei lalu, JIT berkata pasukan itu yakin BUK TELAR digunakan untuk menjatuhkan MH17 dan peluru berpandu itu berasal daripada Briged Peluru Berpandu Antipesawat ke-53, iaitu unit dalam tentera Rusia dari Kursk di Persekutuan Rusia.

Loke menegaskan Malaysia dan anggota lain JIT tidak akan berehat selagi tragedi itu tidak diselesaikan.

“Komitmen kami kepada keluarga dan waris kekal utuh kerana kami bersama-sama negara JIT akan terus mencari jawapan untuk membawa pelaku ke muka pengadilan,” katanya. – BERNAMA

Tags: keadilanMH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

Menteri Pertahanan Dukacita Pemergian Prebet Muhammad Amirul, Jamin Keadilan Ditegakkan

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Prebet Muhammad Amirul Raziq...

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

Tiada Salah Laksana Keadilan Terhadap Na’imah – Pendakwa Raya

11/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, pertuduhan terhadap isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung kesalahan gagal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd