• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mangsa Berang Penyokong Indonesia

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Piala Dunia 2018 melabuhkan tirainya Pada Ahad lepas dengan Perancis dinobatkan juara buat kali kedua.

Sehari sebelum itu, Malaysia juga mencipta sejarah. Buat pertama kalinya, ia menjuarai Piala AFF bawah 19 tahun (Piala AFF U-19) di Surabaya, Indonesia.

Namun, sebelum Malaysia meraih kejayaan itu, skuad negara terpaksa berdepan insiden buruk semasa menentang pasukan tuan rumah pada perlawanan separuh akhir.

Insiden diserang para penyokong tuan rumah yang berang itu berlaku selepas mereka menewaskan Indonesia 3-2 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1.

Antaranya pemain skuad negara dihujani balingan botol dan batu malah, lagu kebangsaan, NegaraKu, turut diejek para penonton negara jiran itu.

Namun, perilaku tidak bermoral itu tidaklah pula menjadi ‘berita penting’ bagi media Indonesia. Mungkin mereka tidak berminat dengan berita itu atau mungkin tidak mahu perbesar tentang insiden itu.

Tetapi, sekiranya insiden membabitkan atlet Indonesia atau ketika bendera Merah Putih tersilap cetak semasa Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2017, liputan media Indonesia amatlah ‘berbondong-bondong’.
Sebuah media dalam talian di Indonesia menggunakan perkataan ‘berbondong-bondong’ bagi menggambarkan media Malaysia yang melaporkan insiden pemain Malaysia dihujani botol air dan batu di Surabaya.

KESAL

Setiausaha Agung Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Ratu Tisha Destria ternyata kesal dengan sikap penonton Indonesia pada aksi separuh akhir di Stadion Gelora Delta Sidoarjo itu dan mengakui mereka harus dididik hormati pasukan lawan.

“Kalau bicara edukasi (pendidikan kepada penonton bola sepak), kita komited sampai mati untuk memberikan edukasi. Kita akan terus, tidak akan berhenti, tidak akan pernah capek (letih),” kata beliau. Indonesia akhirnya memohon maaf atas insiden itu.

Menteri Pemuda dan Olahraga Indonesia, Imam Nahrawi membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi entri dalam Instagram beliau dengan memuat naik gambar pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 14 Julai.

Kelakuan tidak bermoral atau tidak menghormati penonton atau pemain lawan sepatutnya tidak dibenarkan berlaku.

HOS SUKAN ASIA 2018

Sikap sedemikian pastinya menggusarkan ramai pihak, apatah lagi Indonesia bakal menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang pada Ogos ini.

Semua 45 negara peserta yang akan mengambil bahagian dalam 42 jenis sukan pada temasya yang bermula 18 Ogos hingga 2 Sept itu, pastinya mahu tindakan tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mencetuskan kekecohan.

Imam Nahrawi dalam satu kenyataan berjanji pihak penganjur Sukan Asia, Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Indonesia (INASGOC) akan bertindak profesional bagi memastikan kejohanan itu berlangsung dengan aman.

Memetik kata-kata Ratu Tisha yang perlu dihayati para peminat sukan: “Kita semua sudah tahu betapa hebatnya suporter Jepang (Jepun) yang bersih-bersihkan stadium setelah (sekalipun pasukannya) kalah (dalam aksi Piala Dunia 2018).

“Tapi, ketika kita kalah yang levelnya (peringkat) baru Asia atau Asia Tenggara, jangankan (untuk) membersihkan sampah, malah kita melemparnya (kepada pemain lawan),” katanya. – BERNAMA

Tags: IndonesiaSkuad B-19
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

Dakwaan Malaysia Serah 5,207 Hektar Tanah Kepada Indonesia Tak Benar, Satu Penipuan – PM

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Dakwaan Malaysia menyerahkan seluas 5,207 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan bagi tiga kampung di Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd