• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Berdepan Cabaran Lebih Berliku Di Sukan Asia 2018

oleh
25/07/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Skuad bola sepak Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan berdepan cabaran lebih berliku pada temasya Sukan Asia 2018 di Indonesia selepas Emiriah Arab Bersatu (UAE) diundi dalam Kumpulan E pada sesi undian semula acara itu di sini hari ini.

Undian tambahan itu diadakan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Bukit Jalil di sini dengan hanya melibatkan dua pasukan iaitu Palestin dan UAE.

Keputusan itu menyaksikan Malaysia yang sebelum ini diundi bersama-sama juara bertahan, Korea Selatan, Bahrain dan Kyrgyzstan akan bermain empat perlawanan dalam saingan kumpulan sebelum dua pasukan teratas mara ke pusingan kalah mati.

Undian semula itu turut menyaksikan pasukan tuan rumah, Indonesia yang berada dalam Kumpulan A berdepan cabaran terbaharu apabila Palestin diundi dalam kumpulan tersebut.

Kehadiran UAE dan Palestin yang terlepas daripada undian awal pada 5 Julai lepas yang berlangsung di Jakarta menjadikan jumlah pasukan bertanding meningkat kepada 26, menyaksikan empat kumpulan akan memiliki empat pasukan sementara dua kumpulan lagi dilengkapkan dengan lima pasukan.

Undian semula itu dilakukan susulan bantahan daripada UAE yang dilaporkan tidak berpuas hati selepas pasukan mereka tercicir dalam undian awal bersama dengan Palestin akibat masalah teknikal.

Sementara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata keputusan undian semula yang hanya melibatkan dua negara itu adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC).

“Sebab mengapa dibuat pengundian secara terhad dan bukannya terbuka itu kena merujuk kepada OCA dan INASGOC.

“AFC cuma bantu dalam mengendalikan perkara-perkara teknikal dan kami dimaklumkan oleh OCA dan INASGOC untuk membuat pengundian terhad iaitu hanya melibatkan dua pasukan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis undian itu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Ratu Trisha Destria mengesahkan jadual perlawanan membabitkan kumpulan yang mempunyai lima pasukan akan bermula pada 10 Ogos, berbanding jadual asal 14 Ogos. – BERNAMA

Tags: bola sepak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd