• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditembak Cuba Serang Polis Guna Pisau

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang lelaki cedera di peha kanan selepas ditembak polis berikutan cuba menyerang anggota pasukan keselamatan dengan sebilah pisau di Jalan Panchang Bedena, Sabak Bernam, dekat sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supt Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian pukul 2.45 pagi, suspek berumur 37 tahun yang dikehendaki polis atas kes ugutan jenayah, cuba melarikan diri apabila melihat sepasukan anggota keselamatan sedang melakukan rondaan keselamatan.

“Disebabkan cemas dengan kehadiran polis ronda, suspek cuba melarikan diri menyebabkan anggota terpaksa mengejarnya sejauh 500 meter sehingga ke sebuah tempat timbang buah kelapa sawit.

“Suspek kemudian mengeluarkan pisau berukuran 25 sentimeter panjang dan cuba menyerang anggota polis terlibat dengan melibas-libas senjata tajam itu ke arah mereka. Tindakan agresif suspek menyebabkan anggota polis melepaskan dua das tembakan ke udara sebagai amaran namun lelaki itu tetap enggan berhenti menyerang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Disebabkan itu, satu lagi das tembakan terpaksa dilepaskan ke arah suspek bagi tujuan mempertahankan diri anggota terlibat sebelum lelaki itu ditahan.

Beliau berkata suspek, yang juga penagih dadah, tidak bekerja dan mempunyai lima rekod kesalahan termasuk kes dadah, direman selama tujuh hari mulai hari ini dan disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Penagih Dadahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd