Tuesday, September 26, 2023

Creating liberating content

Menghendap Kini Jadi Kesalahan...

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi berbanding...

Pembinaan MRT Laluan SSP...

KUALA LUMPUR - Pencapaian keseluruhan pembinaan MRT Lembah Klang bagi Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya...

JDT Umum Tidak Rai...

JOHOR BAHRU - Meskipun perlawanan belum lagi berlangsung, Kelab Bola Sepak Johor Darul...

Lelaki Ditahan Buat Laporan Palsu Wang RM121,000 Disamun

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditahan kerana membuat laporan palsu mendakwa disamun selepas membawa keluar wang sebanyak RM121,000 dari sebuah bank di I-Avenue, Bayan Baru di sini, Khamis lepas.

Siasatan polis bagaimanapun mendapati wang itu disembunyikan lelaki berusia 35 tahun tersebut di sebuah bilik hotel di Bukit Jambul di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata dalam dalam laporan polisnya, lelaki itu mendakwa disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal ketika berjalan ke keretanya selepas keluar dari bank kira-kira 1 tengah hari Khamis.

“Lelaki itu mendakwa dua lelaki bermotosikal menarik begnya yang mengandungi wang sejumlah RM121,000 milik rakannya yang baru dikeluarkan daripada bank dan mendakwa terdapat juga satu buku cek di dalam beg itu. Mereka dikatakan menjalankan perniagaan dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan yang dijalankan mendapati lelaki itu memberikan keterangan yang meragukan dan soal siasat mendapati dia menyembunyikan wang tunai berkenaan di bilik sebuah hotel di Bukit Jambul dan membuat laporan palsu.

Lelaki yang mempunyai rekod jenayah itu ditahan pada 5 petang Khamis di Sungai Nibong dan dia direman sehingga 26 Julai bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

*Video di bawah hanya sekadar hiasan

Kategori