• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Ditahan Buat Laporan Palsu Wang RM121,000 Disamun

oleh
23/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditahan kerana membuat laporan palsu mendakwa disamun selepas membawa keluar wang sebanyak RM121,000 dari sebuah bank di I-Avenue, Bayan Baru di sini, Khamis lepas.

Siasatan polis bagaimanapun mendapati wang itu disembunyikan lelaki berusia 35 tahun tersebut di sebuah bilik hotel di Bukit Jambul di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata dalam dalam laporan polisnya, lelaki itu mendakwa disamun dua lelaki menaiki sebuah motosikal ketika berjalan ke keretanya selepas keluar dari bank kira-kira 1 tengah hari Khamis.

“Lelaki itu mendakwa dua lelaki bermotosikal menarik begnya yang mengandungi wang sejumlah RM121,000 milik rakannya yang baru dikeluarkan daripada bank dan mendakwa terdapat juga satu buku cek di dalam beg itu. Mereka dikatakan menjalankan perniagaan dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hasil siasatan yang dijalankan mendapati lelaki itu memberikan keterangan yang meragukan dan soal siasat mendapati dia menyembunyikan wang tunai berkenaan di bilik sebuah hotel di Bukit Jambul dan membuat laporan palsu.

Lelaki yang mempunyai rekod jenayah itu ditahan pada 5 petang Khamis di Sungai Nibong dan dia direman sehingga 26 Julai bagi membantu siasatan, katanya. – BERNAMA

*Video di bawah hanya sekadar hiasan

Tags: Laporan Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

FAM Kaji Penggunaan Pemain Naturalisasi

Next Post

Maszlee Janji Jadikan TVET Pilihan Utama Pelajar

Related Posts

Laporan Palsu Culik, Ibu Bapa Pelajar Mungkin Didakwa

Laporan Palsu Culik, Ibu Bapa Pelajar Mungkin Didakwa

30/09/2022
0

IPOH: Polis akan menyerahkan kertas siasatan sekali gus dan menunggu arahan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes cubaan menculik murid...

Suri Rumah Dituduh Buat Laporan Palsu Dakwa Anak Didera

Suri Rumah Dituduh Buat Laporan Palsu Dakwa Anak Didera

26/09/2022
0

SHAH ALAM – Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membuat laporan...

Next Post

Maszlee Janji Jadikan TVET Pilihan Utama Pelajar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd