• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Balai Didakwa Beri Kontrak Kepada Syarikat Isteri

oleh Ahmad Albab
25/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Peramu di Pekan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 10 pertuduhan memberi kontrak pembekalan makanan bernilai RM36,279.69 kepada syarikat milik isterinya.

Tertuduh Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 53, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Dia didakwa menggunakan kedudukannya mencadangkan syarikat Puncak Cahaya Azam Enterprise, milik isterinya bagi pembelian dan penyediaan makanan untuk pelbagai program serta operasi melibatkan anggota bomba di balai tempat dia berkhidmat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan antara Mac 2014 dan 3 Ogos 2015 dengan setiap satu kontrak bernilai RM1,075 hingga RM7,500.

Antara kontrak itu melibatkan penyediaan makanan untuk anggota bomba yang terlibat dengan operasi pembinaan semula rumah terbakar, operasi memadam kebakaran hutan dan bencana banjir.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang beralamat di Jalan Kampung Jawa di sini, didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum menerusi Seksyen 24 akta sama, iaitu boleh dipenjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar yang mewakili tertuduh merayu supaya jaminan RM5,000 bagi setiap pertuduhan dikurangkan atas alasan anak guamnya hanya mampu menyediakan sekitar RM15,000.

“Sejak kes bermula, tertuduh memberi kerjasama yang baik kepada pegawai penyiasat, malah secara sukarela menyerah diri kepada SPRM. Tertuduh juga mungkin akan ditahan kerja selepas hari ini, yang menyebabkan pendapatannya berkurangan,” katanya.

Mohd Ghazali membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 berserta seorang penjamin bagi semua pertuduhan dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula. – BERNAMA

*Sekadar Video Hiasan..

Tags: Kes Pecah Amanahmahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki  100 Bahan Lucah Dalam Telefon

Ibu Tunggal Didenda RM2,000 Miliki 100 Bahan Lucah Dalam Telefon

09/04/2026
0

BACHOK - Seorang ibu tunggal didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini kerana memiliki kira-kira 100 bahan lucah dalam telefon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd