Friday, June 21, 2024

Creating liberating content

DAP Perak Sudah Terima...

IPOH : DAP Perak sudah menerima penjelasan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan...

Cabaran Getir Bagi MIC...

PUTRAJAYA - Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam mengakui bahawa parti itu...

Libat Firma Korea Utara...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Veteran UMNO Datuk Mustapha Ya'akub hari ini mengakui...

Jho Low: Kembali Ke...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menggesa ahli...

Kereta Proton Dipandu 640km Tangki Penuh

KUALA LUMPUR – Pengembaraan Proton 1-Tank Proton Holdings Bhd di Wilayah Tengah berakhir dengan kejayaan pada 18 Julai 2018, membabitkan 36 peserta dalam 18 kereta yang meliputi jarak sejauh 640 kilometer, dengan hanya dengan satu tangki penuh bahan api.

Peserta yang terdiri daripada pengamal media, selebriti serta orang awam, memandu sama ada Proton Saga 1.3 transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT), Persona 1.6 CVT atau Iriz 1.3 CVT, dari Pusat Kecemerlangan Proton di Shah Alam ke Ipoh dan kembali ke Setia Gemilang Auto, Shah Alam.

Perjalanan bermula di lebuh raya dengan peserta memandu laju antara 80km/jam dan 100km/jam sebelum memandu 60km/jam hingga 80km/jam di jalan alternatif dengan lalu lintas lain, projek pembinaan jalan, lori dan keadaan jalan harian biasa, kata syarikat pembuat kereta nasional itu dalam satu kenyataan.

Aktiviti terakhir sebelum tiba di garis penamat ialah Pengalaman Pemanduan Dinamik dengan peserta melalui pengalaman pertama pengendalian pemanduan mengembirakan dengan kenderaan PROTON, yang dilengkapi ciri keselamatan aktif ASEAN Lima Bintang kereta Persona dan Iriz, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Kawalan Cengkaman (TC) dan Sistem Brek Anti-Kekunci (ABS) – BERNAMA

Kategori