• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Kaji Perkenal Konsep Pelupusan Ruang Udara

oleh
27/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan konsep pelupusan ruang udara (spatium) supaya hakmilik ruang dapat dikeluarkan bagi tujuan pembangunan bandar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata ia adalah antara langkah kerajaan untuk meneruskan kajian dan menggubal perundangan yang selaras dengan hasrat pembangunan negara ke arah pengurusan dan pentadbiran tanah yang lebih cekap dan berkesan.

Spatium adalah konsep bagi mewujudkan pembangunan bertindih di atas pembangunan sedia ada dan pewujudan pemilikan berlapis dengan lot isipadu di bawah dan di atas permukaan tanah, bertujuan memenuhi keperluan permintaan tanah yang semakin tinggi.

“Masih banyak lagi cabang pentadbiran tanah yang boleh diteroka untuk menambah baik perkhidmatan,” kata Dr Wan Azizah ketika berucap pada sambutan Hari Tanah Negara di sini hari ini. Turut hadir Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Dr Wan Azizah berkata kerajaan juga berhasrat memperkenalkan satu bentuk dokumen hakmilik tanah elektronik dan mewujudkan skim pajakan persendirian untuk membuka lebih banyak potensi pembangunan tanah.

“Kita juga sedang mengkaji pindaan ke atas Akta Hakmilik Strata bagi membolehkan pelaksanaan peremajaan bandar (urban rejuvenation). Ia adalah untuk menyelesaikan isu urban decay di bandar-bandar yang berusia seperti di Kuala Lumpur, Ipoh dan Georgetown,” katanya.

Beliau berkata memandangkan kadar urbanisasi meningkat kepada kira-kira 75 peratus sejak 70-an, maka pentadbiran tanah perlu bersedia bagi menampung peningkatan penduduk terutama di bandar-bandar.

Beliau turut menekankan aspek pemeliharaan dan pemuliharaan bagi tanah bernilai warisan negara dalam keghairahan mengejar pembangunan negara.

“Warisan negara seperti Taman Tasik Perdana di Kuala Lumpur, Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi di Pulau Pinang dan Kampung Portugis di Melaka dapat dikekalkan untuk warisan akan datang.

“Oleh itu, saya menggesa semua pihak yang terlibat supaya undang-undang dipinda bagi memperkenalkan Rizab Kekal Negara,” katanya. — BERNAMA

Tags: Wan Azizah Wan Ismail
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Ada Perbincangan Mendalam RUU Kekal Kerajaan Hingga Akhir Penggal – Fahmi

Anwar, Wan Azizah Titip Doa Buat Putera Mateen Dan Pasangan

14/01/2024
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendoakan semoga...

Anwar Akan Terajui Negara Jika PH Kembali Berkuasa

10/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menerajui negara jika pakatan harapan sekali lagi berkuasa, menurut bekas Timbalan Perdana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd