Monday, November 11, 2024

Creating liberating content

Polisi Pengajian Tinggi Negara...

BESUT - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuat kajian terperinci terlebih dahulu terhadap...

Anggota TUDM Rugi RM6,520...

KUANTAN - Terpengaruh dengan tawaran pinjaman yang dilihat di laman sosial Facebook menyebabkan...

KPC Nafi Laut Berwarna...

KUANTAN - Kuantan Port Consortium Sdn Bhd (KPC) hari ini menafikan air Sungai...

Wanita Maut Dilanggar Lari...

SEORANG remaja wanita maut dilanggar lari sebaik sahaja selesai bermain permainan popular, Pokemon...

Kerajaan BN Tak Dedah Kos Tersembunyi Projek HSR

KUALA LUMPUR – Kerajaan terdahulu di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak mendedahkan kos tersembunyi berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata anggaran kos sebenar projek itu berjumlah RM110 bilion dan bukannya RM55 bilion seperti yang diumumkan kerajaan BN sebelum ini.

“Kos RM55 bilion yang disebutkan tadi ialah kos projek. Tetapi, banyak juga kos tersembunyi yang tidak didedahkan kerajaan sebelum ini. Maka, kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini bertanggungjawab untuk mendedahkan keseluruhan kos pembinaan projek ini,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanyakan mengapa anggaran kos yang didedahkan terlalu tinggi iaitu hampir dua kali ganda berbanding kos asal yang diumumkan.

Mohamed Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak berkata kerajaan juga sedang meneliti kemampuan kewangan untuk membiayai projek HSR itu dengan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa bersama kerajaan Singapura.

“Kita akan lihat kemampuan kerajaan untuk membiayai projek ini. Itu sebab perkara ini tidak dapat dilaksanakan dalam suasana ekonomi pada hari ini. Maka kerajaan mengambil pendirian berbincang dengan kerajaan Singapura bagi memastikan semua terma dalam perjanjian ini dipatuhi,” katanya.


Menjawab soalan asal Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) megenai aspek yang dikaji berhubung projek tersebut, Mohamed Azmin berkata Peguam Negara Tommy Thomas telah menyemak kandungan Perjanjian Dua Hala Projek HSR yang ditandatangani pada 13 Dis 2016 dan berpendapat perkara itu mesti diselesaikan mengikut undang-undang yang juga melibatkan rundingan dua hala.

“Berdasarkan kepada nasihat peguam negara, kita sedang meneliti semua opsyen yang ada,” katanya.

Beliau berkata perjanjian projek tersebut juga menyediakan klausa untuk mana-mana pihak membatalkan projek tersebut, namun tertakluk kepada syarat yang termaktub dalam perjanjian tersebut. – BERNAMA

Kategori