• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kenapa Nak Malu Jadi Jaga?” – Khalis

oleh Ahmad Albab
31/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu, Khalis yang juga adik kepada vokalis Spin, Allahyarham Achik tidak malu mengakui, masih bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah syarikat telekomunikasi di Seremban, Negeri Sembilan.

Khalis, 30, yang tampil solo sejak setahun lalu selepas kumpulan The Real Spin berpecah, bersyukur dipertemukan dengan majikan yang memahami, malah memberikan kelonggaran jika terikat undangan persembahan.

“Saya hanya mencari rezeki yang halal. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana saya tidak menyusahkan sesiapa. Alhamdulillah, setakat ini saya tidak berdepan masalah besar meneruskan minat dalam bidang seni.

“Saya masih mampu menyusun jadual kerja dengan baik. Mungkin apabila semakin sibuk nanti, saya akan memikirkan perancangan lain supaya tidak mengganggu kerja,” katanya.

Khalis berkata, dia memilih untuk bergerak solo selepas kontrak The Real Spin bersama Solaris Entertainment berakhir, Julai tahun lalu. Selama dua tahun bersama kumpulan itu, dia sempat merakamkan sebuah single, Semakin Rindu.

“Memandangkan masing-masing mempunyai komitmen tersendiri, hanya saya yang menyambung kontrak. Mereka tiada masalah saya meneruskan minat memandangkan masing-masing sudah berkeluarga.

“Tetapi, jika nanti ada permintaan untuk kami kembali bergabung nanti, saya tiada masalah bekerjasama,” katanya.

Bakal muncul dengan single solo pertamanya, Selalu Rindu, Khalis berkata, dia masih mendapatkan khidmat komposer yang sama, Cuna Alfian dan Atan Alfian.

“Melihat sambutan positif terhadap Semakin Rindu yang mencecah 3.5 juta tontonan di YouTube, saya percaya Selalu Rindu juga berpeluang mengulangi pencapaian yang sama. Hanya itu yang saya harapkan,” katanya. – BH ONLINE

Tags: Khalispenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd