• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kena Sepak Beramai-Ramai Di Surau, Tiada Siapa Tolong Aku”

oleh Ahmad Albab
21/07/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Ariz (Forteen) mendedahkan pernah mengalami kemurungan akibat menjadi mangsa buli ketika berada di bangku sekolah.

Ariz atau kini dekenali sebagai Ariz Lufias memberitahu dia sering dibuli oleh rakan-rakan sekolah malah pernah dipukul beramai-ramai ketika berada di surau.

“Dulu aku selalu kena ejek si gemuk, si hodoh dan banyak lagilah panggilan yang tak enak untuk di dengar. Aku tak ramai kawan, kawan aku kebankannya berbangsa Cina dan India. Aku cuma ada seorang je kawan Melayu.

“Waktu dekat sekolah dulu aku selalu kena buli. Paling aku ingat sekali, aku pernah kena sepak beramai-ramai di surau dan takde siapa pun yang tolong aku.

Menerusi posting pada Sabtu itu, Ariz turut memuat naik sekeping foto ketika zaman kanak-kanaknya.

Ariz mendedahkan pernah dibuli rakan sekolah.

Tambah Ariz, keadaannya juga bertambah teruk apabila dia turut mengalami masalah gangguan pemakanan (eating disorder) kerana ingin kurus.

Ini kerana kata Ariz, dia tidak tahun apabila sering diejek berbadan gemuk dan nekad mahu menguruskan badan tanpa menyedari dia akhirnya mengalami masalah lain.

“Kesian kan? Aku depresi sampai ke tahap suicidal dan aku pernah ada eating disoder sebab ramai sangat orang kutuk aku gemuk,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ariz berkata, dia dapat menempuhi dugaan itu berkat doa dan kesabarannya untuk berubah.

Dia turut menasihatkan agar orang ramai yang mengalami nasib yang sama agar terus berjuang untuk mengubah pemikian menjadi diri sendiri.

“Pada mereka yang masih berjuang untuk menjalani kehidupan harian, trust me life ain’t easy! Tapi selagi kita bernafas, selagi itu lah kita masih berpeluang untuk ubah hidup kita.

“Hiduplah untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain,” ujarnya. – mStar Online

Tags: ARIZ LUFIASpenyanyi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd