• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemas Kini Maklumat PTPTN Dilanjutkan Sehingga 31 Julai

oleh
25/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tempoh kemas kini maklumat pendapatan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dilanjutkan enam hari iaitu sehingga 31 Julai ini.

Pengerusinya Wan Saiful Wan Jan berkata ia melibatkan semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik dan masih mempunyai baki hutang PTPTN.

Selain maklumat pendapatan, peminjam PTPTN juga perlu mengemas kini maklumat penting lain termasuk alamat, nombor telefon dan e-mel serta maklumat pekerjaan, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Saiful sebelum ini dilaporkan berkata peminjam berkenaan perlu mengemas kini maklumat pendapatan selewat-lewatnya hari ini melalui www.ptptn.gov.my di ruangan ‘Pengemaskinian Maklumat Pendapatan’.

Ini bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan melaksanakan manifesto pilihan raya yang menyentuh penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN bagi peminjam yang berpendapatan kurang RM4,000 sebulan.

“Saya ingin mengingatkan kepada peminjam agar mengemas kini maklumat pendapatan yang sahih dan benar, dan boleh dibuktikan dengan dokumen sokongan apabila diminta,” katanya.

Beliau berkata sekiranya peminjam PTPTN tidak mengemas kini maklumat dalam tempoh yang ditetapkan, mereka akan dianggap tidak berhasrat memohon penangguhan bayaran balik dan tidak akan dimasukkan dalam dasar baharu bayaran yang bakal dibuat. – BERNAMA

Tags: PTPTNWan Saiful Wan Jan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd