• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemalangan Adun Balakong Tiada Unsur Jenayah

oleh Ahmad Albab
20/07/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada sebarang unsur jenayah hasil siasatan polis dalam kemalangan yang meragut nyawa Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Ng Tien Chee, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata setakat ini tiada sebarang bukti menunjukkan adanya unsur sabotaj atau khianat dalam kemalangan itu.

“Saya berada di lokasi awal pagi tadi, berdasarkan maklumat daripada pegawai penyiasat dan pemerhatian saya, tiada sebarang unsur jenayah melibatkan kemalangan itu.

“Dakwaan yang mengatakan terdapat kesan minyak di atas jalan hingga mengakibatkan kemalangan, adalah tidak benar.

“Kerana hasil soal siasat ke atas seorang saksi yang menyaksikan kemalangan itu, kereta yang dipandu Tien Chee cuba memotong kenderaannya yang sedang dipandu di lorong tengah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini hari ini.

Pihaknya yakin, selepas mangsa memotong kereta saksi, beliau tidak sempat mengelak sebuah lori yang sedang menjalankan kerja pembersihan jalan di lorong kanan lalu terlanggar bucu kiri lori terbabit.

Menurut Dzaffir lagi, proses bedah siasat ke atas mendiang Ng masih dijalankan di Hospital Serdang ketika ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tengah malam tadi, Ng disahkan meninggal dunia dalam kemalangan di Lebuhraya Grand Saga, Cheras kira-kira 12.40 tengah malam selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa dipercayai terlanggar belakang sebuah lori milik syarikat konsesi Lebuhraya Grand Saga. – BERNAMA

Tags: Adun Balakongkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd