• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Keke Challenge’, Beringat Sebelum Terkena

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menasihatkan orang ramai terutama anak muda untuk berhenti melakukan tarian ‘Keke Challenge’ di kawasan jalan raya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata konsep ‘beringat sebelum terkena’ perlu diterapkan dalam diri masing-masing bagi memastikan aksi individu terbabit tidak mengundang kemudaratan seterusnya mengakibatkan kecederaan dan kemalangan.

“Setakat ini, kita masih tidak menerima sebarang aduan selain laporan kemalangan membabitkan aktiviti itu di sekitar ibu negara.

“Namun, polis mahu ingatkan orang ramai untuk berhenti melakukan tarian itu di jalan raya, ia dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan dan kemalangan,” katanya pada NSTP, hari ini.

‘Keke Challenge’ memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, In My Feelings yang dinyanyikan Drake.

Tarian itu dicetuskan pelawak, Shiggy menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.

Ia terus meledak selepas selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baharu yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya. – BH ONLINE

Tags: keke challengepolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd