• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 12, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kayveas Mahu Saman Pihak Yang Dakwa Beliau Jual Gelaran

oleh Cj Mnh
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tan Sri M. Kayveas (gambar) iaitu Presiden MyPPP yang dipertikaikan, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas tuduhan yang mendakwa beliau menjual gelaran kebesaran dan membeli hartanah di luar kemampuannya.

“Presiden akan mengambil beberapa tindakan undang-undang bagi memastikan keadilan ditegakkan,” kata setiausaha agung Datuk Roger Ly dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Portal berita dalam talian, The Malaysian Insight melaporkan bahawa Kaybeas didakwa menyalahgunakan kuasa untuk membeli hartanah di luar kemampuannya dan menjual gelaran seperti “Tan Sri”.

Roger berkata, sejak Kayveas mengumumkan pada 17 April tentang kemungkinan beliau akan membawa keluar MyPPP daripada Barisan Nasional (BN), pelbagai isu timbul menentang presiden tersebut.

Beliau turut kesal berhubung kebocoran maklumat peribadi dan data yang tular di laman sosial sambil menambah akan mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkannya.

“Walaupun majlis tertingi (MyPPP) mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dan mengesahkan Kayveas sebagai presiden, beberapa anggota parti itu mengamalkan politik dendam dan tidak bermoral,” katanya.

Beliau merujuk kepada kumpulan yang mempertikaikan kedudukan Kayveas sebagai presiden parti.

Tambahnya, Kayveas akan mengambil tindakan bagi memastikan amalan politik tidak sihat dihentikan.

“Saya sudah melakukan protes dulu, namun sekarang adalah masanya untuk menghukum mereka yang korup, menghancurkan, berdendam dan mengamalkan gangsterisme,” kata Roger yang memetik kenyataan Kayveas.

Kayveas sebelum ini dibuang daripada parti dan Datuk Seri Maglin D’Cruz dianggap menyandang jawatan sebagai pemangku presiden MyPPP.

Maglin kekal menyatakan bahawa Kayveas tidak lagi anggota MyPPP pada 25 April dan pemimpin itu telah mencetuskan salah faham kepada anggota parti dan orang awam bahawa beliau masih bergelar presiden. – Mstar

Tags: M. Kayveassaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

“RM300,000 Itu Sangat Besar Bagi Diri Saya. Segala Simpanan Yang Ada Masih Belum Mencukupi” – Akmal Saleh

21/10/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh meluahkan rasa berat hati terpaksa membuka bidaan motosikal Honda X-ADV...

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

Lim Guan Eng Gesa Kerajaan Beri Rebat Cukai RM1,000 Beli Penapis Udara, Kritik Kerajaan Enggan Saman Indonesia

20/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kewangan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng menggesa kerajaan meluluskan rebat cukai khas RM1,000...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd