• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ, Polis Boleh Saman Pelaku Tarian ‘Keke Challenge’

oleh
28/07/2018
dalam Gaya Hidup, Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT KAYU HITAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan kepada orang ramai yang didapati sengaja berhenti untuk melakukan tarian ‘Keke Challenge’ di kawasan jalan raya.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, pihaknya akan melihat pada kerangka undang-undang yang ada untuk mengambil tindakan terhadap orang ramai, terutama anak muda yang ghairah melakukan tarian berkenaan sehingga mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Perbuatan demikian sudah tentu tidak dibenarkan dan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang termasuklah membahayakan pengguna jalan raya yang lain kita akan mengambil tindakan.

“Malah, bukan kita sahaja, pihak polis trafik juga turut akan mengeluarkan saman kepada mereka yang melakukan aksi berkenaan sehingga melanggar undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan tinjauan dan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, di sini, hari ini.

Sebelum ini tular di media sosial di seluruh dunia termasuk Malaysia, di mana ramai orang begitu ghairah untuk melakukan gerak tari yang dinamakan ‘Keke Challenge’.

Tarian itu memerlukan penarinya melompat keluar dari kereta yang sedang bergerak, seterusnya menari mengikut alunan lagu, ‘In My Feelings‘ yang dinyanyikan oleh penyanyi dari Amerika Syarikat, Drake.

Malah, tarian yang dicetuskan oleh pelawak, Shiggy itu kini menjadi ikutan apabila rakaman video yang dimuat naiknya meraih lebih lima juta tontonan dalam tempoh singkat.

Selain itu, selebriti seperti Will Smith dan Ciara turut meniru aksinya.

Kegilaan baru yang tular di media sosial itu bukan hanya popular di luar negara, malah ramai artis tempatan turut menunjukkan aksi mereka dalam pelbagai gaya. – BH Online

Tags: keke challenge
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Keke Challenge’, Beringat Sebelum Terkena

24/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Polis menasihatkan orang ramai terutama anak muda untuk berhenti melakukan tarian 'Keke Challenge' di kawasan jalan raya....

“Buka IG Ada ‘Keke Challenge’! Rimas La” – Umie Aida

23/07/2018
0

CABARAN tarian 'keke challenge' yang bermula dari negara Barat kini menjadi ikutan dalam kalangan anak-anak muda, selebriti dan personaliti tempatan. Baru-baru...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd