• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ KL Keluarkan 316 Notis Atas Pelbagai Kesalahan

oleh
31/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebanyak 316 notis kesalahan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPJ WPKL) ke atas pengguna jalan raya bagi pelbagai kesalahan sepanjang Ops Pengarah JPJ WPKL Siri 4/2018 yang diadakan malam tadi.

Pengarah JPJ WPKL, Ismail Mohd Zawawi berkata 55 pegawai dan anggota menyertai operasi dua jam berakhir 10.30 malam di Jalan Bangsar itu, dengan turut memeriksa 1,264 pelbagai jenis kenderaan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 36 saman dikeluarkan terhadap pemilik kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

“Pemilik kenderaan itu akan dikenakan kompaun RM100 jika menjelaskan bayaran kurang dari 15 hari tempoh disaman dan RM250 jika melebihi 30 hari.

“Pemilik-pemilik kenderaan ini juga perlu membawa kenderaan mereka untuk diperiksa semula oleh anggota JPJ WPKL bagi memastikan mereka mematuhi peraturan dan spesifikasi ditetapkan ketika mahu menjelaskan bayaran,” katanya kepada pemberita selepas tamat operasi, di sini, hari ini.

Beliau berkata jika pemilik kenderaan gagal berbuat demikian, kenderaan mereka akan disenarai hitamkan pihak JPJ WPKL.

Ismail berkata operasi tersebut turut menyita dua kenderaan kerana pemiliknya tidak mempunyai lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Menurutnya, kesalahan tidak mempunyai lesen memandu yang sah dan cukai jalan tamat tempoh masih menjadi kesalahan utama pengguna jalan raya sehingga kini.

“Jika terdapat sebarang kemalangan melibatkan kenderaan tersebut, pihak insurans tidak akan melayan sebarang tuntutan kerana bagi mereka (pihak insurans kenderaan), mereka yang mempunyai cukai jalan tamat tempoh tidak layak berada di atas jalan raya,” katanya. – BERNAMA

Tags: JPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

JPJ Kesan Penipuan Dalam Sistem Pertukaran Hak Milik Online – Anthony Loke

25/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan perkhidmatan dalam talian bagi urusan pertukaran hak milik kenderaan oleh...

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

Malaysia-Turkiye Perkukuh Kerjasama Industri Pertahanan

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Makine ve Kimya Endüstrisi A.Ş. (MKE) yang diketuai Timbalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd