• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Kekal Harga Jualan Air Mentah 50 Sen Kepada Melaka

oleh Ahmad Albab
24/07/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Kerajaan negeri hari ini bersetuju mengekalkan jualan air mentahnya kepada Melaka dengan harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen untuk tempoh 10 tahun akan datang.

Menteri Besarnya Datuk Osman Sapian berkata ia dipersetujui menerusi Perjanjian Tambahan Kedua – Perjanjian Air Antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Melaka, ditandatangani beliau dan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari di sini hari ini.

“Harga itu akan mula berkuat kuasa pada 12 Ogos ini hingga 11 Ogos 2028 dan semakan perjanjian boleh dibuat dalam tempoh lima tahun dari tarikh ia dikuatkuasakan,” katanya ketika berucap pada majlis menandatangani perjanjian itu di sini hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohani dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Roslan Ibrahim hadir menyaksikan perjanjian itu.

Pada majlis itu, Roslan turut menyerahkan cek berjumlah RM550,558.28 daripada Syarikat Air Melaka Bhd kepada Azmi sebagai sebahagian bayaran perkhidmatan bekalan air mentah itu.

Sementara itu, Adly semasa berucap berkata perbekalan air mentah dari Grisik di sini ke Empangan Durian Tunggal, Melaka telah dipersetujui sebanyak 35 juta gelen sehari.

“Bagaimanapun Melaka berharap Johor dapat mempertimbangkan semula agar bekalan air mentah itu ditingkatkan kepada 55 juta gelen sehari bagi menampung keperluan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata sumber air di Melaka masih terhad dan perjanjian ini membolehkan Melaka memperoleh punca air mentah yang mencukupi agar krisis bekalan air seperti yang pernah berlaku di negeri itu pada 1991 tidak berulang.

Dalam pada itu, Osman dalam sidang media berkata Johor bersedia meningkatkan bekalan air mentah kepada Melaka berbanding 35 juta gelen sehari yang disalurkan ketika ini.

“Boleh memang boleh (tambahan), tetapi kita kena teliti semula dan melihat kemampuan semasa Johor untuk membekalkannya, Johor juga perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk musim kemarau,” katanya.

Dalam perjanjian asal bermula 1993, Johor bersetuju untuk membekalkan air mentah kepada Melaka hingga 2090, dan kadarnya tertakluk kepada semakan setiap 10 tahun, bagaimanapun berdasarkan perjanjian tambahan selepas itu, semakan boleh dibuat selepas lima tahun.

Melaka ketika itu membayar 20 sen bagi setiap 1,000 gelen air kepada Johor, dan kadar itu kemudian dinaikkan kepada 30 sen pada 1998, 40 sen pada 2008 dan 50 sen pada 2013. – BERNAMA

Tags: bekalan airJohorMelaka
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

Sultan Ibrahim Terima Sembah Laporan Lima Pembinaan Masjid Baharu di Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima persembahan laporan pembinaan masjid-masjid baharu di Johor. Laman Facebook Sultan...

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

430,000 Ahli UMNO Johor Teguh, Setia Dan Istiqamah – Onn Hafiz

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menegaskan, lebih 430,000 ahli UMNO Johor terus...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd