• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jangan Sampai Nak Pukul Saya” – Saharul Ridzwan

oleh Ahmad Albab
29/07/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POPULARITI drama bersiri Jangan Benci Cintaku nampaknya meninggalkan impak cukup besar bukan sahaja dalam kalangan peminat tetapi pelakon utamanya, Saharul Ridzwan.

Saharul menerusi Instagram memberitahu pada Jumaat lalu dia didatangi oleh seorang makcik yang tiba-tiba menepuk belakangnya gara-gara marahkan karakternya sebagai Shah dalam drama itu.

“Terkejut saya tiba-tiba makcik tu tepuk (macam Husna tumbuk Shah). Tergelak seorang-seorang pula lepas tu,” tulisnya pada kapsyen video yang dimuat naiknya.

Menerusi video itu pula, Saharul menjelaskan dia adalah Saharul Ridzwan dan bukannya Shah dan secara bergurau meminta agar dia tidak dipukul hanya kerana penonton bencikan wataknya.

“Hai, sebenarnya saya buat video ini sebab nak bagitahu yang saya ini Saharul Ridzwan bukan Shah. Kalau kat dalam drama tu ya, saya Shah.

Terkejut saya tiba2 makcik tu tepuk (macam husna tumbuk shah) 😂😂😂. Tergelak sorang2 pulak lepas tu. #JanganBenciCintaKu

A post shared by Saharul Ridzwan ™ (@saharulridzwan) on Jul 26, 2018 at 11:17pm PDT

“Tapi janganlah kat luar sampai nak pukul saya, makcik-macik yang marah betul kat saya tu. Kesianlah kat saya,” katanya.

Jangan Benci Cintaku turut menggandingkan Saharul dengan Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Esma Dainal dan Azizah Mahzan.

Ia sedang ditayangkan menerusi slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam di TV3.

Sementara itu, pengikut Saharul memberitahu kejadian yang menimpanya itu membuktikan lakonannya dan barisan pelakon lain menjadi dan meninggalkan kesan.

Malah ramai mendoakan agar Jangan Benci Cintaku akan menjadi titik tolak kepada karier Saharul untuk kembali berkembang selepas ini. – mStar Online

Tags: pelakonSaharul Ridzwan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd